17 July 2011

10 kisah orang-orang yg gagal / pahit terlebih dahulu dan akhirnya berjaya dengan luarbiasa sebagai motivasi kepada kita semua.

10 kisah orang-orang yg gagal / pahit terlebih dahulu dan akhirnya berjaya dengan luarbiasa sebagai motivasi kepada kita semua.


1. Albert Einstein

Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka semasa kanak-kanak, beliau seorang anak yang lambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.






2. Abraham Lincoln

Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal. Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.
Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.
Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.







3.Bill Gates

William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy







4. Adam Khoo

Dia rakyat Singapura. Waktu kecil, dia adalah penggemar games yang ekstrem dan TV. Seharian dia boleh duduk di depan TV. Baik main PS atau permainan yang lainnya.

Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak b***h. Ketika darjah empat , dia dikeluarkan dari sekolah. Pernah dimasukkan ke Sekolah Rendah terburuk di Singapura. Ketika akan masuk Sekolah Menengah, dia ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, dia belajar di Sek Men terburuk di Singapura. Begitu buruknya prestasi akademiknya, tapi lama kelamaan dia semakin baik justeru kerana cemuhan kawan-kawannya, hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia perniagaan.

Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Ia telah memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset setahun bernilai US$ 20 juta.

Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga music box. Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada usia 22 tahun, Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di Singapura. Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager perusahaan-perusahaan di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per jam.







5. Aristotle Onassis:

Di sekolah, ia b***h dan suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya. Tidak aneh kalau ia diusir dari beberapa sekolah. Ia sering mendapat nombor tercorot di kelasnya. Salah seorang gurunya berkata:

'rakan-rakan sekelas memuji dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan keluarganya berputus asa. Semasa dia masih muda, dengan mudah orang dapat melihat bahwa dia akan menjadi seorang di antara mereka yang akan menghancurkan diri sama sekali atau sukses secara gilang-gemilang.'

Walaupun reportnya di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.







6. Thomas Alva Edison:

Suatu hari, seorang anak kecil berusia 5 tahun, agak pekak dan b***h di sekolah, pulang ke rumahnya membawa sehelai kertas dari gurunya. ibunya membaca kertas tersebut, Tommy, anak ibu, sangat b***h. kami minta ibu untuk mengeluarkannya dari sekolah. Ibunya tersentak membaca surat ini, namun ia segera membuat tekad yang teguh, "anak saya Tommy, bukan anak b***h. saya sendiri yang akan mendidik dan mengajar dia.”

Tommy kecil adalah Thomas Alva Edison yang kita kenal sekarang, salah satu saintis terbesar di dunia. dia hanya bersekolah sekitar 3 bulan, dan secara fizik agak lembab, namun itu semua ternyata bukan penghalang untuk terus maju.

Siapa yang menyangka, bahawa kanak-kanak yang sebelumnya tuli yang b***h hingga pernah diminta berhenti dari sekolah, akhirnya boleh menjadi seorang genius? jawabannya adalah ibunya! Ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya.







7. Chris Gardner

Sudah pernah menonton filem atau membaca buku Pursuit of Happyness ? Itulah kisah benar kehidupan Christoper Paul Gardner yang dilakonkan oleh Will Smith. Pahit manisnya kehidupan sudah dirasakan olehnya. Kehilangan tempat tinggal, ditinggal isteri, ditangkap polis, kesulitan membayar kredit, semuanya sudah dirasakan.

Dia bukanlah orang berpendidikan tinggi tapi tetap terus berusaha dan berjuang, Kini dia menjadi seorang jutawan yang berjaya, motivator, entrepeneur dan filantropis. Sekarang dia mempunyai Gardner Rich & Co, sebuah perniagaan saham.







8.Ludwig Van Beethoven

Jika anda mengenali seorang wanita yang sedang hamil, yang telah mempunyai 8 anak, tiga diantaranya pekak, dua buta, satu mengalami gangguan mental dan wanita itu sendiri mengidap siplis, apakah anda akan menyarankannya untuk menggugurkan kandungannya? Jika anda menjawab ya, maka anda baru saja membunuh salah seorang yang termasyur di dunia.

Kerana anak yang dikandung oleh ibu tersebut adalah Ludwig Van Beethoven. Ketika Beethoven berumur lebih dua puluhan, tanda-tanda pekaknya mulai kelihatan, tapi akhirnya dia menjadi ahli muzik yang terkenal dengan karya 9 simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan biola, serangkaian penggesek biola yang menakjubkan, muzik vokal, muzik teater, dan banyak lagi.







9. Louis Braille:

Louis Braille mengalami kerosakan pada salah satu matanya ketika berusia 3 tahun. Waktu itu secara tidak sengaja dia menikam matanya sendiri dengan alat pembuat lubang dari perkakas kerja ayahnya. Kemudian mata yang satunya terkena sympathetic ophthalmia, kesan yang terjadi kerana kerosakan mata yang lainnya. Buta tidak membuatnya putus asa, dia menciptakan huruf Braille yang membantu orang buta membaca. Sekarang siapa yang tidak tahu huruf Braille?







10. Mark Zuckerberg:

Pemuda ini dinobatkan sebagai jutawan termuda dalam sejarah yang bermula dari keringatnya sendiri. Mark adalah seorang anak muda yang suka berhibur dengan internet.

Bermula daripada sebuah laman penghubung mahasiswa Harvard, ternyata ramai yang menyukainya, dengan nekad ia mengikuti jejak seniornya, Bill Gates, pelajar buangan dari Harvard ini mengembangkan laman tersebut menjadi Facebook yang kita kenal sekarang. Tahukah Anda? Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebooknya dengan harga 10 juta US$? malah tawaran dari viacom 750 juta dolar dan yang paling mengkagumkan tawaran dari yahoo satu billion dolar.



Aku pun boleh berjaya insyaAllah

18 June 2011

Dosa itu...

Lama, sangat lama aku tidak membuat sebarang post baru..Mungkin sebab hati aku dah tak ada pada aku, entah mana dia berada di dunia ini,, mencintai dunia, ye..hati aku dah suka kat dunia..mungkin sekarang dia singgah kejap kat aku skrang..erm ntah..sejak itu aku sakinah dah tak seceria dulu. Aku yang ceria sbab hati aku ceria tapi dah dua tahun lamanya hati aku tidak gembira, semua gara-gara melanggar perintah Allah...dah lama  akutak  rasa gembira, dah lama aku tak rasa bahagia, sebab nya hati aku dah cinta dunia, ketenangan dah tak ada..Aku masih mencarinya...ketenangan masa aku rasa dalam solat pertama yang aku wat kerana kesedaran, bukan kerana paksaan, siapa boleh tolong aku? siapa? orang-orang sekeliling aku semuanya sementara dan mereka bukan Allah .. hanya dengan ingat Allah hati akan tenang dan kuat hadapi dunia..Ketakutan menghantui aku, dosa yang dilakukan menghantui, Allah tiada apa yang aku dapat bila melupakanMu, tapi segalanya dapat bila aku mengingatiMu, sahabat semua jagalah Allah... Aku ingin mencari cinta sejati, cinta manusia itu pun biarlah hadir di bawah cintaMU..bohong jika hambaMu ini tidak pernah ada perasaan pada sesiapa, tapi aku yakin cinta yang hadir itu membuatkan aku lebih mengejar cintaMu..Cinta itu biarlah Allah bagi pada masanya bukan sekarang kerana jika ia datang sekarang akan buat aku mengejar dunia.. Setiap apa kita buat Allah akan tengok dan tiada satu pun akan terlepas dari pandangan Allah..Ikatan hati pada Allah itu aku dambakan, sangat mendambakan, sangat-sangat kerana Allahhidupmati ku Allahhidupmatiku ku Allahhidupmatikuku...

24 May 2011

Kata lama..

Astagfirullah itu yang aku ucapkan...sebab dah lama tdak memberi 'sesuatu' tuk ummah...Aku dah lama tak update blog..dah lama tak beri kata-kata yang mana bila aku katakan akan dapat pahala...Dakwah bi media ini aku tinggalkan kerana anggap ianya remeh dan tak berasas..salah itu yang benar...kata lama hatiku aku harus buang..bangun demi perjuangan bukan demi cinta manusia...Ya Allah aku akan teruskan perjuangan ni walau tak ada siapa yang kisah tentangku mahupun ikut bersamaku..Aku harus kuat walaupun hakikatnya aku hanya wanita..kuat kuat dan kuat ..kekuatan rohani ku harus dikuatkan lagi..Ya Allah aku ingin MencintaiMu setulusnya..aku wajib ambil semua yang Kau suruh bukan setengah-setengah.. Sahabat maafkanlah jika aku ada buat silap..tolonglah bimbingku bersamamu di jalan Allah ini

24 March 2011

Peringatan

Jam meunjukkan pukul 3.15 pagi, aku tersedar dar tidur yang panjang yang dimulakan dari pukul 7 tadi, tertidur bukan sengaja ingin tidur masa itu.tapi aku gembira Allah memberi aku saat 1/3 malam ni untuk bangun. Aku ingin merasa berada dalam tarbiyyah itu kembali, aku sedih sangat sebab dah tiada tarbiyyah yang kuat, akhlak aku tidak terjaga lak\gi, banyak sangat dosa yang aku  buat , sampai banyak ilmu yang hilang, aku sangat merasa ilmu yang hilang itu, dulu ilmu itu penyeri jiwaku, sekarang sudah diganti dengan maksiat, namun satu pedirian ku, lebih baik aku begini daripada aku berjaya dengan maksiat, Allah saja faham perasaan ku..dari dulu aku mempuyai semangat yang tinggi, semangat cintakan negara, cintaka tempat aku tinggal, cintakan bidang aku semua nya keran Allah, seorag islam ,akan ada perasaan in, namun apa yang aku dapat dibuang kolej, itu palig aku sedih..tapi tak megapalah Allah ada cukuplah, aku hidup di mana-mana.  Akhir-akhir ini banyak gempa bumi berlaku, Ya Allah memang aku betul-betul risau, risau terhadap keluargaku, kawan-kawanku, sedara maraku, seluruh umat islam dan bukan islam, dan diri aku sendiri, mampukah kita semua menjadi hamba Allah yang beriman..Gempa bumi itu bukan perkara main-main..tsunami juga berlaku, jiwa-jiwa islam dimanakah mereka....apa yang berlaku tidak diambil kira sangat oleh orang malaysia, Ya Allah...ampukanlah dosa kami...

15 March 2011

amidd.. :(

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan..... .

"Muntahlah atas tangan Amid."

17 tahun dulu.

PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"

soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu.

Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,"

jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni?
Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,"

hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?"

pujuk saya lagi.

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,"

katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?"

soal saya masih tidak percaya.

"Betul,"

balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah,"

kata saya selepas lama termenung.

Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.
Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.
Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.

Katanya,

biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?
Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"

"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.
Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL.
Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,"

kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.
Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.
Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.
Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.

"Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"

Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.
Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,

ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.

Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.
Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.

Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.
Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah
untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya,

buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.
Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.
Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.
Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini.

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.

prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.
Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,

"Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.
Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.
Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"

jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.

Cerita Mek kepada saya.
ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.
Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.

Cerita Mek,

mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.

cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.
Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.
Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.
Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.

tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.
Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.
Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.

Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.
Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.
Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.

Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,
tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".
- Surah Luqman ayat 14.

Amid..... :(

Assalamualaikum

03 March 2011

semakin..

Ya Allah sudah lama tidak post di blog sendiri, kerana terlalu sibuk dengan assigment,kuliah, dan kerja. Hari ni ambil peluang juga tuk wasiatkan sesuatu disini. Hari-hari yang mendatang begitu mencabar sekali, sakit yang lama menyerang kembali, Ya Allah tak bermayanya aku, hanya Engkau saja yang tahu. Aku bukan sihat seperti orang lain, aku tidak sihat , namun sakit ini jugalah buat aku teringat pada Allah..Aku hanya berharap pada Allah..Sakit kepala yang berterusan menyeksa, tapi jika dilalui kerana Allah semua itu manis..Tapi sejak kebelakangan ini banyak darah mengalir melalui hidungku..apa maknanya semua ini..Adakah saat ajalku makin tiba...Aku sedia ke yaAllah..Aku takut...aku risau dan sedih..namun kehidupan harus diteruskan, diteruskan dan diteruskan..

Aku ada sebuah motosikal yang dibeli menggunakan duit sendiri ..tdak mahu susahkan ibubapaku..mereka sudah cukup susah..Sumber kewangan aku melalui kerja yang aku lakukan hampir setiap malam...buat apa meminta2 sedangkan aku mampu kerja...itu yang aku fikir...Ya Allah masih ada orang mengambl kesempatan dan mereka ingat aku kaya...tidak ..aku tidaklah sesenang kalian..banyak saat-saat sukar yang aku lalui..semua ni tidak faham bagi orang yang mewah sejak kecil..tidak pernah dipukul sejak kecil dan tdak selalu dimarahi sejak kecil...

Bagi aku semu itu biasa saja, di pukul, di dera fizikal...hidup tanpa makanan yang cukup...Aku belajar menjadi kuat dari sini... panjg lagi perjlananku....


Aku mohon Ku kuat hanya kerana Allah dan lemah kerana mengabaikan perintah Allah~

07 February 2011

Jiwa Ku

Allah,terima kasih  Ya Allah...Hanya Engkaulah yang di sembah tiada tuhan selain Allah...

Diri ini dapat mencoret sedikit di sini...demi darah yang mengalir dalam darahku, aku mencintai agamaku, aku menyintai islam, aku menyintai semua makhluk Allah, aku sentiasa harap semuanya masuk islam dan bahagia bersama islam ... kerana tanpa Allah hiduo kita tiada tujuan...


Hari ini ingin diri in menyimpulkan sesuatu perkara , iaitu tentang sahabat... kita manusia sentiasa ingikan perhatian dan seseorang tuk meneruskan kehidupan kita tapi kita selalunya lupa tentang Allah yang maha Esa..

 Ketika kita punyai masalah kita akan mengadu pada kawan kita, tapi kadang-kadang kawan kita tak sudi mendengarnya...kan..YA Allah Allah tidak pernah bosan untuk mendengarnya...Sehingga Allah berkata mafhumnya apabila hambaku bertanya mana aku katakanlah aku dekat...tapi kita tetap pergi pada kawan kita atau manusia itu sendiri...


Mengapa ada "Double Standart " di situ..tidak mahukah kita bersama Allah...makan bersama Allah, mandi teringat Allah, tidur mimpkan Allah , dan masalah suka duka bersama Allah, ini dipanggil taqarrub pada Allah atau bermanja-manja bersama Allah....Masya Allah seronoknya..moga  kita semua dapat amiiin ya Robb

05 February 2011

8 Perkara


Assalamualaikum
Diceritakan pada suatu hari seorang yang soleh bernama Syaqiq Al Balkhi bertanya kepada seorang muridnya, Hatim Al Asamm :

"Berapa lamakah kamu duduk belajar bersamaku?"
"33 tahun," jawab Hatim.
"Dan apakah yang kamu telah pelajari daripadaku selama masa itu?"

"Lapan perkara," kata Hatim.
Syaqiq berseru, "Kita adalah dari Allah dan kita akan kembali kepadaNya!"

"Kamu telah pergunakan seluruh kehidupan kamu denganku dan hanya belajar lapan perkara!!!!

Apakah perkara-perkara itu?

PERTAMA :Jawab Hatim :

"Pertama sekali, saya melihat kepada manusia dan saya dapati setiap mereka mencintai sesuatu dan meneruskan usaha untuk mendapatkan apa yang dicintai itu. Apabila dia sampai ke kubur, apa yang dicintai selama ini meninggalkannya.

Oleh itu saya membuat bekalan amal kebaikan sebagai perkara yang saya cintai kerana apabila saya memasuki kubur, amal-amal kebaikan ini akan masuk bersama saya."

Syaqiq berkata, "Kamu telah lakukan yang terbaik. Apakah perkara yang kedua?"

KEDUA :
"Perkara yang kedua ialah apabila saya memikirkan ayat-ayat Allah Yang Maha Agung.”

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh, syurgalah tempat tinggalnya.” (QS An Naazi’aat : 40 – 41)
Mengetahui bahwa ayat-ayat Allah ini benar, saya berusaha bersungguh-sungguh terhadap diri saya untuk menahan keinginan-keinginan saya sekuat-kuatnya sehingga saya bergantung sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Agung.

KETIGA :
Perkara ketiga ialah apabila saya melihat kepada manusia dan saya mendapati setiap mereka mempunyai sesuatu yang berharga yang membuatkan mereka menghargai dan menjaganya dengan baik.

Kemudian saya meneliti ayat-ayat Allah Yang Maha Agung :
“Apa yang ada disisimu akan lenyap dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal.” (QS An Nahl : 96)

Oleh itu apabila sesuatu yang berharga datang kepadaku, saya akan serahkannya kepada Allah Yang Maha Agung supaya ianya akan disimpan oleh Allah untukku.

KEEMPAT :
Perkara keempat ialah apabila saya melihat kepada makhluk-makhluk Allah dan saya dapati kesemua mereka meletakkan nilaian yang tinggi terhadap :

1. Harta.
2. Harga diri.
3. Maruah.
4. Keturunan.

Maka saya memerhatikan perkara-perkara tersebut dan mendapati tiada apa-apa yang bererti padanya.

Kemudian saya meneliti ayat-ayat Allah Yang Maha Agung :
“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.” (QS Al Hujuraat : 13)

Oleh itu saya meletakkan ketakutan saya kepada Allah sepenuhnya supaya saya akan dipandang tinggi pada kacamata Allah swt.

KELIMA :
Perkara yang kelima ialah apabila saya melihat kepada manusia dan saya dapati sebahagian mereka menyerang peribadi sebahagian lain dan sebahagiannya pula mengutuk sebahagian yang lain dan saya sedar bahwa sebab utama yang berlaku demikian ialah kerana dengki.

Kemudian saya meneliti ayat-ayat Allah Yang Maha Agung :
“Kamilah yang menentukan penghidupan mereka dalam kehidupan dunia.” (QS Az Zukhruf : 32)
Oleh itu saya meninggalkan sifat dengki dan permusuhan terhadap makhluk-makhluk dengan kesedaran bahwa apa-apa yang telah ditetapkan untuk saya adalah mutlak dan akan sampai kepada saya.

KEENAM :
Perkara yang keenam ialah apabila saya melihat manusia berlawan dan bermusuh sesama mereka. Saya mencari-cari dan akhirnya mendapati bahwa musuh sebenar saya adalah syaithan dan benarlah Allah Yang Maha Agung berfirman :

“Sesungguhnya syaithan itu adalah musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh.” (QS Faathir : 6)

Oleh itu saya menjadikannya sebagai musuhku dan menyayangi yang selain darinya.

KETUJUH :
Perkara yang ketujuh ialah apabila saya melihat kepada manusia dan mendapati mereka mencari kekayaan secara berlebihan dan menghinakan diri mereka kerananya. Saya meneliti ayat-ayat Allah Yang Maha Agung :

“Dan tidak ada satu pun makhluk yang bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya.” (QS Hud : 6)

Saya sedar bahwa saya adalah salah seorang yang dikurniakan sesuatu oleh Allah justeru saya menyibukkan diri saya dengan Allah Yang Maha Agung dan meninggalkan segala sesuatu selain dariNya.

KELAPAN :
Perkara yang kelapan ialah apabila saya melihat kepada manusia dan mendapati mereka bergantung kepada berbagai perkara seperti :

1. Perniagaan mereka.
2. Jawatan mereka.
3. Kekayaan mereka.

Setiap makhluk bergantung kepada makhluk yang lain!!!!
Saya kemudian meneliti ayat-ayat Allah Yang Maha Agung :

“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS At Thalaq : 3)

Oleh kerana itu saya meletakkan keyakinan saya sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Agung.

Akhirnya Syaqiq berkata :
"Hatim, sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepada kamu keuntungan dan tidak ada kerugian bagi kamu sedikitpun. Dia memberi hikmah kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya."

Demikianlah secebis kisah orang-orang yang soleh dan bagaimana mereka melihat kehidupan dunia ini dan cara-cara untuk berinteraksi dengannya secara yang benar sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah berdasarkan ayat-ayat Allah di dalam Al Qur'an yang mulia.

Akhir sekali marilah kita sentiasa meneliti dan mengambil i'tibar yang sewajarnya terhadap ayat-ayat Allah yang sebanyak 6,666 ayat yang terdapat di dalam Al Qur'an dan cuba untuk memahami dan melaksanakan perintah-perintahNya sehingga Al Qur'an itu benar-benar menjadi rujukan dan panduan hidup kita kerana kita tidak akan sesat selama-lamanya selagi kita mengambil dari sumber airnya yang bersih dan jernih yang dapat menghilangkan kehausan keyakinan dan ketenteraman hati sehingga hidup kita benar-benar akan terasa nikmat dan mendapat keridhaan Allah swt.

Ya Allah, jadikanlah Al Qur'an ini sebagai pembimbing kami sehingga ianya dapat menuntun kehidupan kami ke jalan yang benar dan lurus dan kami mohon kepadaMu supaya kami dapat beristiqamah di atas jalan ini sehingga kami menemuiMu di akhirat nanti.

Ameen Ya Rabbal Alameen

04 January 2011

Bangkit semula demi perjuangan~



Suci Sekeping Hati

Sekeping hati dibawa berlari



Jauh melalui jalanan sepi


Jalan kebenaran indah terbentang


Di depan matamu para pejuang






Tapi jalan kebenaran


Tak akan selamanya sunyi


Ada ujian yang datang melanda


Ada perangkap menunggu mangsa






Akan kuatkah kaki yang melangkah


Bila disapa duri yang menanti


Akan kaburkah mata yang meratap


Pada debu yang pastikan hinggap






Mengharap senang dalam berjuang


Bagai merindu rembulan di tengah siang


Jalannya tak seindah sentuhan mata


Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba ~
 
   Sahabat-sahabat yang hampir terjatuh, saya  tujukankhas lagu ni untuk anda,
   teruskan perjuangan , walaupun kita tak kenal tapi darah perjuangan kita sama,
   Moga terus melangkah.
 
Khas untuk kalian :
 
 Ya Allah ikatlah hati-hati kami menujuMu,
Kami  sangat mencintaiMu ya Rahman ya Rahim,
Kami banyak melakukan kesilapan,
Tapi kekalkanlah kami di jalan ini yaAllah,
Kau susahkanlah kami hanya kerana kesusahan islam,
Kau senangkanlah kami hanya kerana kesenangan islam,
Jangan biarkan kami sehari pun tanpa perjungan ini yaAllah,
Kami sangat lemah yaAllah,
bantulah kami,
tolonglah kami,
bersamalah kami,
ilhamkanlah kami,
gerakkanlah kami,
bangunkanlah kami,
makankanlah kami,
minumkanlah kami,
tidurkanlah kami,
belajarkanlah bersama kami,
Hidup dan mati kami biarlah hanya keranaMu yaAllah...
 
Kerna amat beruntunglah sesiapa di jalan Mu ini ya Allah,






Jauhkanlah kami dari perkara yang melupakankan Mu...~

23 November 2010

yA sUKINAH

Hari-hari yang dilalui Sukinah begitu sukar sekali, dirinya semakin jauh daripada Allah dek kerna pujian yang dikatakan kepadanya. Sukinah semakin lupa akan dirinya siapa, pujian menyebabkan dirinya terasa terpengaruh dikalangan kawan-kawannya, dia tidak sedar akan perangkap syaitan ini, tetapi terus ditipu arus dunia dengan menyangka ianya mendapat keredhaan Allah...
Publish Post


         


         dulu...

 Sukinah seorang yang sangat menjaga segalanya, apa yang dipelajarinya diamalkannya, dilakukannnya sepenuh hati, cerita di tv sangat dijaganya, perempuan dan lelaki yang berpagangan tidak akan dipandangnya, pandangan dengan lelaki sangat di jaga, bukan tiada perasaan pada lelaki tapi Dia ingin Allah yang memilihkan jodoh untuknya selain mencarinya, Dia ingin sekali menjadi orang yang taat pada perintah Allah, perlakuannya baik kerana ingin mencontohi Rasulullah, Orang memujinya baik, tapi di hatinya dia berkata aku baik untuk agamaKu ini tapi jika ada orang memburuk2kan agamaKu ni, Rasulullahku, Allahku, aku akan bertukar rupa, jangan disangka air yang tenang selamanya tenang. MasyaAllah hari-hari yang dilalui begitu bermakna kerana Allah. Tiada apa yang di takut melainkn Allahu...

        kini

Sukinah semakin sedar, dirinya bermula dari bawah, jika dulu dia senang sekarang dia yang harus bermujahadah melawan nafsunya sendiri, dia sedar jalan juang ni penuh dugaan, jangan sesekali rasa senang, dia ingin memperbaiki dirinya untuk lebih kepada Allah, Sukinah ingin mencari mutiara yang pernah dihilangkannya dulu, hatinya hanya inginkanNya...


Di saat Sukinah di jalan yang lurus untuk mendapatkan Cinta sejatinya, datang cinta dunia, Sukinah amat berat untuk melawannya, hati Sukinah berperang melawanya, zina hati datang, Sukinah berusaha melawannya, dan terus lawan, Sukinah kini sudah mendapatkan jawapannya...Sukinah kene lawan juga ya Allah bantulah aku , aku memang dambakan kasih sayang seorang lelaki tetapi bukan cara yang begini, bukan cara teringat-ingatkannya, bukan cara ingin pergi ke suatu tempat kerna adanya tetapi cara yng suci, iaitu cinta kerna cintanya padaMu.

Semakin hari semakin sedar dan semuanya Sukinah serahkan pada Allah...Hanya Allah! Sukinah menjauhkan diri dari segala maksiat  kerna Sukinah lebih mencintai Allah darinya, dan dunia ini...

 SATU YANG SUKINAH SEDAR, DIRINYA KINI BERMULA DARI BAWAH DAN DIA KINI LEBIH TENANG, ALLAH HIDUP MATIKU

* cerita ini hanya luahan penulis buat ikhtibar

31 October 2010

Persoalan

Dengan Nama Allah  yang Maha pemberi Mudharat dan Maha Penyayang ku mulakan, kerna siapa yang melakukan kejahatan tunggulah bala Allah yang turun dan orang yang sentiasa disayangi Allah jika dia orang yang beriman.

    Sebagai seorang manusia semestinya banyak persoalan yang wujud di minda kita, Kenapa kita wajib taat pada Allah, apa tujuan utama bertuhan, kenapa kita susah di dunia ini, kenapa hati tidak tenang? Apa ubat untuk semua ini? kalau sakit bolehlah pergi klinik tapi kalau rohani kita yang sakit nak pergi mana ye??? ustaz ngan ustazah yang kita cari. Tapi tu pun tak boleh menyelesaikan masalah...kerna apa???


      Masyaallah jika kita tidak ada panduan semua ini akan menjadikan kita seperti "gantung tidak bertali"
. Antaranya yang ingin saya kongsikan:

MENGAPA ALLAH LAHIRKAN KITA SEBAGAI ORANG ISLAM DAN ORANG LAIN ADA YANG BERAGAMA LAIN?

~ Kelu lidah nak jawab bagi orang yang betul-betul tak paham, saya pun pada mulanya tak tahu nak jawab, justeru hanya doa di utuskan kepada Allah yang Maha Kuasa, akhirnya dapat juga menjawab persoalan ini, kaji balik sejarah nabi, pada zamannya adalah zaman jahiliyyah, pada mula mendapat wahyu hanya beliau seorang sahaja islam, tapi berapa generasi beliau islamkan??? dari sahabatnya, Saidina abu Bakar, isterinya Saidatina Khadijah Khuwalid dan lain-lain yang umum telah ketahui. Disini kita boleh lihat bagaimana islam itu sifatnya perlu di sebarkan kepada yang tidak tahu, begitu juga konsepnya orang bukan islam disekeliling kita, kitalah harus ada sifat ingin memperkenalkan islam kepada mereka. Sunnah nabi kita sentiasa sebarkan islam, Untungnya orang yang berjaya mengislamkan orang lain, sebak hati terfikir kemampuan kita yang sangat sedikit ini." MasyaAllah Moga Allah beri Hidayah pada semua orang di dunia ini" bisik hatiku, namun tidak semua dapat Hidayah Allah, maka jika kita yang rasa mendapatnya gengamlah ia dengan penuh kuat dan erat.

KENAPA DI DUNIA INI HATI KITA JARANG DAPAT TENANG DAN SELESA???
~ Teringat ayat Allah dalam Surah Al-'Ankabut maksudnya,
 'Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupannya yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui'. ayat ini mengatakan hanya di akhirat nanti kehidupan sebenar, teringat kata-kata seorang ustaz bahawa sifat dunia memang begitu yang kita pun tak selesa, tak tenang dan banyak sifat buruknya, masyaAllah Ayat Allah ini begitu memberi ketenangan kepada siapa yang bacanya, malunya selama ini begitu  tidak menghargai Allah. Sahabat-sahabat ku yang sudi baca apa yang di tulisku ini syukran  sangat. Harap kita sentiasa dalam petunjuk Allah, sedih sangat jika ada permusuhan di antara kita, maaf sangat-sangat jika pernah buat silap dan pernah sakitkan hati, kehidupan dunia yang sementara rugi sangat jika kita tidak sama-sama berganding bahu menuju Allah. Mohon sngat sahabat-sahabat tulis apa-apa di ruangan ini untuk saya memperbaiki diri dan berusaha menuju ke jalan Allah. Minta maaf juga jika tidak layan dengan baik, tidak senyum ke jika jumpa , bukan apa saya sangat malu terutama yang berlainan jantina, maaf sangat-sangat moga Allahlah tujuan kita semua bukan manusia yang selalu buat kita sakit hati.
       Di sebabkan masa tidak begitu cukup saya akan sambung lain hari InsyaAllah ...






   
        

03 October 2010

AMALKAN LIMA PEAWAR UNTUK HATI

Amalkanlah Lima Penawar Untuk Hati.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hati merupakan raja dalam kerajaan diri. Ia mempunyai kelebihan daripada semua anggota lahir. Ia adalah raja yang luar biasa, yang sangat ditaati oleh rakyatnya. Dialah pentadbir manusia yang menjalankan kehidupan yang sangat luas.

Hati yang sejahtera dipanggil juga sebagai jiwa yang tenang. Mereka yang mempunyai maqam nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang) adalah mereka yang Tuhan ikhtiraf sebagai hamba-Nya dan layak memperolehi ganjaran Syurga-Nya di akhirat nanti.

Untuk memiliki hati yang sejahtera dan tenang maka ianya perlu kepada penawarnya. Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada lima :

Pertama : Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya.
Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah  ramai di kalangan umat Islam yang membaca al-Qur'an tetapi melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kekuatan besar dari sentuhan Al-Qur’an ini dirasakan benar oleh para sahabat Rasulullah kerana memang mereka menerima Al-Qur’an ini dengan segenap hati, pikiran dan kemauan mereka.

Seperti yang diriwayatkan oleh Ath-Thobroni dan Al-Baihaqi dari Abdullah bin Amr bin Ash bahwa ia berkata: “Ketika turun surah Az-Zalzalah, maka serentak Abu Bakar yang sedang duduk waktu itu menangis.

Maka Rasulullah s.a.w. pun menghampirinya dan bertanya, “Apa yang membuat engkau menangis wahai Abu Bakar?”.

Surah inilah yang membuat aku menangis”.

Maka Rasulullah menenangkan dengan sabdanya:“Jika kalian tidak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka Allah akan menciptakan kaum lain yang mereka itu melakukan salah dan dosa kemudian mereka bertaubat dan Allah mengampuni mereka.”

Maka sangat tepat ungkapan Dr. Yusuf Al-Qaradlawi yang menegaskan bahawa:“Al-Qur’an adalah “roh Rabbani” kekuatan Rabbani yang akan mampu menghidupkan dan menggerakkan akal fikiran dan hati. Sebagaimana Al-Qur’an juga undang-undang Allah yang mengatur kehidupan manusia sebagai individu dan bangsa secara kolektif.”

Kedua : Mengosongkan perut.
Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi s.a.w. sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Orang Islam itu tidak makan kecuali lapar, dan mereka berhenti makan sebelum kenyang. "

Kata Imam Shafie, perut kita terbahagi kepada tiga iaitu sepertiga makanan, sepertiga air dan sepertiga lagi udara."

Jika keseimbangan antara ketiga-tiganya tidak di capai, maka kita akan menjadi malas untuk beribadat ataupun untuk bekerja. Apabila perut kurang diisi dengan makanan, maka kita menjadi rajin dan ringan tulang untuk menambahkan ibadat kita. Tidak hairanlah jika kita dapat menggandakan amalan kita pada bulan puasa berbanding bulan-bulan yang lain.

Ketiga : Bangun bersolat malam.
Ramai orang boleh bangun malam tetapi bangun kerana untuk qadha' hajat atau kerana anak menangis, atau kerana ingin melihat perlawanan bola sepak, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau dua rakaat, memang sangat berat.

Solat Tahajjud ini hanyalah solat sunat tetapi ianya adalah solat sunat mu’akkad (yang di tuntut). Sekiranya junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. begitu bersungguh-sungguh memastikan ibadah ini dilaksanakan sehingga bengkak-bengkak kakinya kenapa kita masih berat hati untuk melakukannya. Apatah lagi solat tahajjud ini merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.

Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.” ( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Keempat : Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur.
Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab do'a ialah ketika waktu sahur.

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”.
(Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :"Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : 'Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Kuampunkan?"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Duduk di majlis orang-orang soleh.
Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan hati dan jiwa.

Firman Allah s.w.t. maksudnya :“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”(Surah Az-Dzariyat ayat 55)

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : “Sesungguhnya para Malaikat mengepakkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukan.”(Hadis Riwayat Tirmidzi).

Hadis yang lain sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu niscaya Allah akan mudahkan baginya jalan menuju Syurga "(Hadis Sahih Riwayat Al Jami)

"Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga". (Hasid Riwayat Muslim).

“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga.”(Hadis Riwayat Bukhari)

"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berada di jalan Allah sampai dia kembali" (Hadis Shahih Riwayat Tirmidzi)

“Siapa yang mati ketika menuntu ilmu, untuk menobat dan memperkasakan Islam maka jarak antaranya dengan para nabi di Syurga kelak adalah sekadar satu tingkat sahaja.”(Hadis Riwayat  ad-Darini)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalkan lima penawar atau petua untuk memulihkan hati-hati kita supaya ianya sejahtera dan sihat daripada segala penyakit hati. Jika kita biarkan hati kita yang sedang sakit dan tidak di cari penawarnya dikhuatiri hati yang sakit ini akan terus menjadi parah dan payah untuk diubati. Syarat untuk memasuki Syurga Allah hati itu mestilah hati yang bersih, sihat dan sejahtera.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Wahai mereka yang berjiwa mutmainnah (tenang), kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan (kamu) redha dan diredhai (Tuhan), maka masuklah kamu ke dalam golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam Syurga-Ku."
(Surah Al-Fajr ayat 27-30).
 
http://abubasyer.blogspot.com/

29 August 2010

kenapa diriku rasa tak sedap je...

Bismillah,

Hari ini, aku terpanggil untuk menulis dalam blog ni.

Setiap hari kita ada masalah, tak kiralah masalah apa pun, masalah tu kadang-kadang rasa perit sangat.
Semua orang akan rasa ni, kadang - kadang rasa dtindas orang, rasa ditipu, malah kadang-kadang rasa riya', rasa besar diri, rasa dah serba cukup pun hati takkan tenang, Hati memang takkan tenang!!! Kadang-kadang rasa nak memberontak, rasa benci kat orang, rasa nak lempang orang, rasa marah kat orang dan sebagainya. Tertanya sendrian kenapa kita semua rasa macam ni, perasaan-perasaan ni sebenarnya perasaan tak sedap dalam diri seseorang, orang yang ada perasaan macam ni sendiri tak selesa. Bila tanya persoalan ni terhadap seorang pakar, dia hanya kata satu perkataan yang simple je, perkataan yang tenang hati dengar. Dia kata memang itulah  'dunia' . Dunia ni kita tak selesa sebenarnya duduk atas dia, sifat dia yang Allah sendiri tak suka, tempat orang lalai, tempat maksiat, dunia memang sifat nya macam tu... oooh baru aku faham kebenaran ni, persoalan yang tertanya terjawab dengan ayat kebenaran sahaja. Patutlah semua yang ada kat dunia ni bermasalah...Sebab tu setiap masalah ada ubatnya...Allah dah bagitau semua dah ..tinggal diri inilah nak ikut ke tak...Rugilah kalau tak ikut... biarlah orang nak kata  kita ni jujur sgt ke, baik sgt ke ape ke...skema ke...yang penting kita buat apa yang Allah suruh...fikirlah wahai sakinah...Ramadhan akhir2 ni apa dah buat???

21 August 2010

Sejauhmana kita pentingkan orang lain???

Bismllah...

Sedikit ayat yang ingin ku tulis hari ini,


Allah swt yang maha pengasih lagi maha penyayang tidak pernah lokek menolong hambaNya, ini kan pula kita hanya manusia biasa yang lokek nak menolong saudara sedunia kita ni.

Pada suatu hari aku terlihat seorang lelaki menolak motornya, mungkin rosak atau kehabisan minyak.
kesiannya melihat dia susah, ingin sekali aku ni pergi tolong, namun kondisi aku tidak mengizinkan, mengapa tidak ada seorang pun yang sanggup berhenti tanya kepadanya atau membantunya??? Jika akuboleh , sudah lama aku tolong tapi aku tak mampu yaAllah ku harap kulah yang akan menolong orang seperti itu lain kali. Dia juga mungkin seperti saudara2 ku, adik ku atau seperti ayahku...fikirlah wahai diri.

15 August 2010

kesedaran~

Bismillah...

Hamba Allah, siapa yang mengaku hamba Allah ??? Semua akan jawab aku, aku...tapi berapa orang yang betul-betul rasa diri ini hamba Allah? cakap memang senang, tapi rasa, alami, keinginan??? berapa banyak je...Dah banyak kali persoalan ini muncul. Sebagai contoh baru-baru ini dapat rezeki membeli motosikal, dalam proses membeli itu aku di kejutkan dengan satu situasi yang mana helmet harga lain penutup muka depan harga lain. Persoalan yang muncul di otakku kenapa ??? kenapa tidak di jual sekali, kalau saudara-saudari fikir balik, apa tujuan mereka menjual motosikal itu sebenarnya? kenapa perlu di asingkan penutup helmet dengan helmet, mereka tidak mementingkan keselamatan pengguna , tetapi yang penting amount duit yang masuk. mereka tidak menjual untuk manfaat orang tetapi manfaat sendiri,...hem3...apa nak di kata.

Saya selitkan apa yang saya dapat ini dengan bakal tugas sebagai guru, baru-baru ini ada tertengok video di mana pergaduhan guru dengan murid, guru marah kan murid dengan keadaan cekak pinggangnya, ada satu perbualan yang menarik perhatian, di mana murid itu tanya "apa cikgu ingat saya tiada perasaan???"  itulah keyword murid ini, dia seorang yan boleh dilenturkan dengan kasih sayang, tapi guru itu menjawab ,"apa aku kisah dengan perasaan kau tu". sejauh mana kesedaran seorang guru ??? mana perginya perasaan menganggap murid sebagai anak sendiri, atau adik sendiri??? 

Lonjakan masalah sosial sekarang, tidak salah jika di katakan kebanyakkan guru tidak memainkan peranan langsung, namun ada segelintir guru yang mengambil pelbagai langkah, tahniah!!!

wallahualam

17 July 2010

JANGAN CONTOHI DIRIKU~

Segala pujian bagi Allah yang Maha Adil, Adil dari semua sudut, adil dalam memberi nikmatnya, adil dalam membalas perbuatan hambaNya , adil dalam menyayangi hambaNya. Sesungguhnya sebagai seorang manusia diri seperti ini wajib amat malu denganMu ya Allah. Akibat perbuatan dosaku, ku wajib malu kepada Allah, wajib!... Walaupun ramai hambaMu tidak bersyukur padaMu ya Allah , Engkau tetap memberinya peluang demi peluang, Peluang yang selalu di pergunakan manusia yang tak tahu bersyukur ini,,,

YA ALLAH... KU hanya Mampu memohon Keampunan darimu...

Demikianlah Allah...Allah sangat agung, sesiapa yang mengenali Allah tidak akan terlepas dari rasa kagum...

SUATU MASA DULU AKU BEGITU...
 mengagungi Allah sangat-sangat, segala suruhan Allah aku menerimanya dengan bulat-bulat...wah...rasa kekuatan bila berdamping kepada Allah... betul lah jika kta jalan ke arah Allah, Allah berlari ke arah kita,,, seronoknya rupanya ada Allah dalam hidup ini , baru ku kenali tuhanku sendiri. Ruginya tak kenal selama ini...rugi sangat...Allah menggerakkan hatiku supaya menyukai benda-benda yang baik, mendengar benda-benda yang baik, menyokong ahli politik yang tepat, sentiasa Allah memberiku ilham, daripada budak yang di kenali bodoh  kepada budak yang di kenali pandai, daripada orang selalu menghinaku, aku di puji , aku di beri layanan istimewa, aku mampu buat banyak perkara, bagilah apa pun pada ku insyaAllah aku kuatkan hati. hanya fikir Allah aku dapat buat dengan tepat,,,

TETAPI,

Sebagai manusia , aku juga di uji, dalam kesenangan hidayah Allah, aku terlalai, terbangga diri, terriya, ...aku tak sedar Allah mengujiku....sekali sehingga aku terbuat satu maksiat....bermulalah kisah hidupku yang malang...akibat maksiat ilmu tidak lagI boleh menusuk qalbuku, jiwa sentiasa rsah, hati tidak setenang dulu, tidak di kagumi seperti dulu, tidak di pedulikan lagi, kadang-kadang di pandang hina,,,,



INILAH PERUBAHAN YANG BERLAKU, TAPI APA YANG AKU NAMPAK... KENAPA ALLAH MASIH BAGIKU PELUANG UNTUKKU NAMPAK KEJAHATAN DIRI SENDIRI ? KENAPA ALLAH TIDAK TARIK NYAWAKU MASA MEMBUAT MAKSIAT...KENAPA????

TIBA-TIBA HATIKU MENJAWAB....ALLAH SAYANG KAU....MASYAALLAH MASYAALLAH MASYAALLAH... aLLAH MEMBERIKU KEADAAN SEPERTI INI UNTUK AKU KEMBALI PADANYA...AKU KER GERANGAN ORANGNYA....SERONOKNYA YA ALLAH...SERONOK...AKU DAPAT DI KETIKA TIADA LAGI UJIAN DUNIA...ENGKAU DAN AKU BERSAMA SELAMANYA....

SELAMA IN PONTER KU MEMANG TINGGI WALAUPUN TIDAK BERAPA BACA BUKU, NAMUN SEKARANG JATUH TERUK!..TAPI TAK PELAH KERANA AKU TIDAK MAHU DALAM KEMAKSIATAN KEPADA ALLAH AKU MENDAPAT POINTER TNGGI...BIARLAH BEGINI DULU, ANDAIKATA TIDAK DAPAT KERJA KE APE KE AKU TAK KESAH SBAB JIKA DAPAT KERJA BAGUS DALAM MASA YANG SAMA TIDAK TAAT KEPADA ALLAH NAK BUAT APA...? AKU TETAP AKAN MENERUSKAN PERJUANGANKU MENCARI CINTA ALLAH YANG PERNAH AKU TINGGALKAN BUAT SEMENTARA, DAN INSYAALLAH JIKA AKU TELAH MENDAPATKANNYA AKU SANGGUP MERENTASI LAUTAN BERAPI PUN UNTUK MENYELAMATKANNYA...SIAPA YANG SANGGUP MENGHALANGKU...WALAUPUN AKU DI HALANG SATU DUNIA ATAU DUA DUNIA...AKU TAK KESAH....SANGGUP KU JADI APA SAJA DEMI MENJAGA ISLAMKU, TUHANKU ALLAH, DAN SAHABAT SEPERJUANGANKU...

NAMUN AKU AKUI...KETIKA ADA IMAN...JAGALAH IA DENGAN BAIK KERANA JIKA IA JATUH AKAN JATUH SEDASYAT-DASYATNYA... 

JIKA SUDAH DAPAT CINTA ALLAH JAGALAH SEBAIKNYA..KERNA A MUNGKIN PELUANG TERAKHR.....JANGANLAH JADI SEPERTIKU YANG TIDAK NAMPAK CINTA ALLAH PADA MULANYA



aku inginkan Mu...


AKU BUKANLAH PENULIS YANG BAIK~






29 June 2010

perjuanganku

Perjuanganku medium bukti cintaku pada Allah, jiwa hanya membuat setiap perkara kerana Allah, Jiwa ingin bersama-sama jiwa-jiwa yang bersatu berjuang ke jalan Allah. Namun setiap manusia punyai kelemahan, aku juga begitu, walaupun aku sangat cintakan jalan ini , namun aku bukanlah orang yang mampu memberi idea atau ape2 untuk perjuangan, yang aku ada hanyalah tenaga sahaja. Aku bukanlah orang yang penting bagi orang-orang sekelilingku, aku hanyalah manusia yang tidak begitu di kenali, jika aku ada atau tiada, tiada sesiapa yang akan perasan. Aku juga bukanlah seorang yang lantang memberi suara pada masyarakat, aku memang tidak mampu memberi pandangan yang bernas seperti kebanyakan rakan-rakanku. Namun jiwa ku sarat dengan semangat perjuangan, aku terlalu ingin bekerja sepenuhnya untuk islam, memberi tenaga untuk memperjuangkannya, Walaupun aku bukanlah seperti kawan-kawanku yang lain yang mana jasa mereka besar, aku tetap ingin menumpang bersama mereka, menolong mereka dalam perjuangan. Aku tidak mahu di pandang masyarakat, aku hanya ingin di . pandang oleh kekasihku yang dah lama aku dambakan,. Perjuangan yang aku dambakan sangat besar, aku sanggup kehilangan apa-apa saja demiNya.

 Selama ini aku sanggup turun di mana-mana yang di panggil untuk agama Allah ini, namun ku di temukan dengan orang yang hanya ingin mempergunakanku, orang yang mengganggap ku tiada perasaan dan sebagainya. Mereka mengatakan pada ku jangan terlalu jujur, mereka tidak begitu kisah mengenai pandanganku, siapalah aku di pandangan mereka. Namun yang aku mampu jawab, Ku membuat setiap perkara hanya untuk Allah bukan untuk mereka.



 Moga-moga Allah memberi petujuk pada kami semua...

07 June 2010


layakkah aku di gelar PEJUANG????????


katanya kau seorang PEJUANG
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang PEJUANG
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang PEJUANG
tapi ibadahmu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih layan tv, movie dan game
dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang PEJUANG
cinta dunia masih menempati hatimu
berbanding cinta Allah dan rasulNYA

katanya kau seorang PEJUANG
kau sibuk update isu semasa
berbanding AL QURAN 1 juz sehari

katanya kau seorang PEJUANG
kau xpun berdakwah

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih layan muzik-muzik yang lagha


katanya kau seorang PEJUANG
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang PEJUANG
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang PEJUANG
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang PEJUANG
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang PEJUANG
kau sering tinggal QIAMULLAIL berbanding mengamalkannya

katanya kau seorang PEJUANG
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang PEJUANG
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri
akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang PEJUANG
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang PEJUANG
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang PEJUANG
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang PEJUANG
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang PEJUANG
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang PEJUANG
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang PEJUANG
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih malas mencari ilmu agamamu

katanya kau seorang PEJUANG
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih berpakaian tidak senonoh

katanya kau seorang PEJUANG
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

katanya kau seorang PEJUANG
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih

katanya kau seorang PEJUANG
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan

katanya kau seorang PEJUANG
hafalanmu saja masih jauh lagi

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya



katanya kau seorang PEJUANG
kau masih mengumpat dan mengeji orang


katanya kau seorang PEJUANG
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih seperti dahulu



katanya kau seorang PEJUANG.... TAPI

PEJUANGKAH AKU???

http://hambapadapencipta.blogspot.com/


ukhuwah tupai