19 April 2010

pesanan syeikh ahmad yassin pd remaja muslim

pesanan syeikh ahmad yassin pd remaja muslim
a) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjamaah,sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dgn akhlak yg mulia,mengamalkan al quran dan mencontohi Rasulullah saw

b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak utk solat tepat pd waktunya ..

c) Aku amat berharap kalian semua tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat serta cinta kepada manusia dan dunia.latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakn kehidupan yg sukar.

d) Wahai puteriku,aku mahu kalian berjanji kpd Allah akan mengenakn hijab secara betul dan jujur,serta mengambil peduli ttg agama dan Nabi kalian yg mulia.Haram bg kalian melakukn sst yg blh menarik perhatian pemuda spy mendekati kamu

17 April 2010

tidak adil kepada Allah....


Alhamdulillah dapat menulis lagi, dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah aku mulakan.
    Allah S.W.T telah berfirman dalam surah al-A'raf yag bermaksud:

Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya) (29)

tertarik dengan kalam Allah ni yang menyatakan berlaku adillah pada semua perkara dan hadapkanlah muka dan hati kamu kepada Allah..... Allah menyuruh kita adil dalam setiap perkara. Malu baca ayat ni kerana tidak adil pada Allah. Kebanyakkan manusia termasuk diri ini tidak adil kepada Allah. Apabila orang telefon kta boleh tnggalkan kerja dan pergi menjawab, nak hisap rokok boleh ke tepi sekejap, nak jumpa muslimin atau muslimat boleh luangkan masa sekejap TAPI...kita masa azan masih berbual, tak de pun nak cakap kejap eh pastu ke tepi ke padahal setiap kita tahu semasa azan dan menjawabnya adalah sunnah sebagaimana hadth “Apabila kamu mendengar azan, maka jawablah sebagaimana yang diperkatakan oleh muazzin” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]. terdapat juga yang mengatakan lidah akan kelu semasa sakaratul maut apabila kita bercakap ketika azan. sungguh malang nasb kita sekarang kta di tipu dari pelbagai sudut. rasa sedih akan menyelubungi sesiapa yang sayang agama Allah ini. Agama yang Nabi Muhammad s.a.w pertahankan sehingga titisan darahnya. Tapi kita mempermudahkan, mempermainkan, melupakan, sengaja lupakan... setiap kita sangat perlu koreksi diri sedalamnya, semaksima mungkin, pergi jumpa Murabbi ke, kwan2 yang yang boleh bagi nasihat ke atau pergi beruzlah ke gua2 bagi mengkoreksi dri...semua demi islam yang tercinta..moga-moga amalan yang sikit ini di pandang ...

03 April 2010

temenung

termenung  seketika sambil berfikir banyak benda di dunia ini perlukan pengorbanan. Aku in macammanalah nanti , hidup sangat berliku-liku dan banyak dugaan yang datang dan hanya Allah sahajalah tempat aku memohon semuanya. tiba-tiba terfikir zaman nabi dulu ada yang hantar kesemua anaknya pergi berperang dan syahid. Aku merasa sangat bersemangat bila teringat kisah itu. Ya Allah jika aku ni ada anak nanti akan ku wakafkan mereka insyaAllah ke jalanMu ya Allah. Mereka harus mempertahankan islam di segenap penjuru dunia, aku ingin sekali menceritakan kepada mereka bagaimana orang islam di perlakukan. Aku ingin sekali mereka di jalan perjuangan ini dan harapan terakhir  hanyalah syahid di jalan Allah. tidak lagi dunia di hati mereka. Mereka antara tokoh yang lahir yang mendukung islam dan mempertahankannya. mereka jugalah pengikut jejak sultan al-Fateh pembuka kota constintople dan seperti salahuddin al-Ayubi penakluk Jerusalem. Mereka adalah pejuang akhir zaman pembuka dunia dengan bauan agama Allah dan penakluk dunia dengan berpanjikan islam dengan kekuatan tahajud serta keyakinan yang tinggi kepada Allah. tahajudnya makanan rohaninya,,,zikir manisan-manisannya...tidur hanya mengekalkan tenaga dan menangis meningkatkan kekuatan.....masyaAllah besarnya harapanku ini...YA Allah tolonglah yaAllah hanya engkau maha Pemberi dan berkuasa..

ukhuwah tupai