Suci Sekeping Hati
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba ~
Sahabat-sahabat yang hampir terjatuh, saya tujukankhas lagu ni untuk anda,
teruskan perjuangan , walaupun kita tak kenal tapi darah perjuangan kita sama,
Moga terus melangkah.
Khas untuk kalian :
Ya Allah ikatlah hati-hati kami menujuMu,
Kami sangat mencintaiMu ya Rahman ya Rahim,
Kami banyak melakukan kesilapan,
Tapi kekalkanlah kami di jalan ini yaAllah,
Kau susahkanlah kami hanya kerana kesusahan islam,
Kau senangkanlah kami hanya kerana kesenangan islam,
Jangan biarkan kami sehari pun tanpa perjungan ini yaAllah,
Kami sangat lemah yaAllah,
bantulah kami,
tolonglah kami,
bersamalah kami,
ilhamkanlah kami,
gerakkanlah kami,
bangunkanlah kami,
makankanlah kami,
tidurkanlah kami,
belajarkanlah bersama kami,
Hidup dan mati kami biarlah hanya keranaMu yaAllah...
Kerna amat beruntunglah sesiapa di jalan Mu ini ya Allah,
assalammualaikum.....
ReplyDeletesemoga kamu diredhai Allah sahabatku....
kalaulah setiap muslimah dimalaysia nie sepertimu pasti ajaran islam mendapat martabat y tinggi di negara kita...
waalaikumsalam...aminn...Moga Allah meredhai mu juga...Siapa yang amalkan islam dia tinggi kerana tiada yang lebih tinggi dari islam
ReplyDelete