aku mahu jadi isteri kedua dan ...

iklan

Iklan Percuma

"Enti Sudi Jadi Isteri Kedua Ana??"


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. "Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah





Dengan suara tersekat-sekat. Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.





"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…, " Fatimah mula sebak.





"Tak. Maksud saya…"





"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.





"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suaraFatimah semakin tinggi, setinggi egonya. Fikri diam seribu bahasa.





Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.





"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.





Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya.





Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.





Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.





Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri. Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.





Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.





"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.





"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.





"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.





Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.





"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.





"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.





"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.





Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.





Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.





"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.





"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.





"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.





"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.





"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.





Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.





"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.





"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.





"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.





"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.





"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar. Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.





"Perjuangan, " jawab Fikri....









SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!





JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…





TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN

ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI

KEDUA!!!





KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!

PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH

UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…





JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI

MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG

PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!





JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL

DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH

BAKAL ISTERIMU!!!





BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG

DICINTAINYA….





KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…





DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…





BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…

assalamualaikum...aku si pembuat dosa...si buat maksiat....si hina....banyak cakap tanpa langkah seterusnya...berlagak pandai...buat orang rasa aku hebat...akulah si sombong yang tersembunyi di bawah payung iman kononnya...padahal aku manusia hina yang tak nampak kecuali Allah yang nampak...kalu orang lain bersemangat aku ni pun bersemangat...tapi sembahyang aku tak jaga ...semangat aku tingii tapi baru aku perasan semangat tu mengikut hawa nafsu dan penuh dgn riya'....

itulah aku si pembuat dosa...tapi aku ngin bertaubat...aku ingin bertaubat....macammana caranya....kalau aku demam aku beli ubat panadol...tapi sekarang aku sakit dengan allah ...mana klinik yang aku kene pergi...ke klinik swasta ke kerajaan ke tak de ubat aku ni...mana aku nak pegi ni...tanpa bantuan orang yang 'tahu' macammana aku nak jalankan kehidupan aku??? macammana ni yaAllah mana aku nak pegi selain dariMu tapi ya Allah bagaimana caranya aku mahu kearahMu? ya allah bagaimana mana aku nak mnta penyelesaian...

aku sedar siapa aku....saat aku kesusahan tiada sape di sampingku tapi hanya ada engkau yaAllah...aku hanya menunggu sesuatu dariMu bkn org lain lgi...Engkau yang Maha mendengar dengarlah pintaku tunjukkanlah aku jalan bertaubat kerana sesungguhnya si pembuat dosa ini tak tahu yaAllah

                     

سُوۡرَةُ التّوبَة

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَا لَكُمۡ إِذَا قِيلَ لَكُمُ ٱنفِرُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱثَّاقَلۡتُمۡ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ‌ۚ أَرَضِيتُم بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا مِنَ ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ فَمَا مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا فِى ٱلۡأَخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ (٣٨



mafhumnya : Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak  
At- Taubah  38

wahai sahabat-sahabat ku mengapakah pabila dikatakan kepada kalian supaya turun berjihad di BUMI UKM ni untuk berjihad kamu berasa berat??? mengapa sahabat-sahabat yang di kasihi oleh Allah?
 adakah kita telah di beli oleh dunia yang hina ini ?
adakah kita lebih rela dengan dunia berbanding akhirat...?
adakah dunia ini lebih mewah berbanding akhirat?

bacalah surah at-taubah ayat 38:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak...
 
Allah sudah menyatakan kehidupan dunia ini sdikit berbanding di akhirat....
 
tidak mengapa jika kamu lebih menginginkan dunia daripada akhirat....Allah akan menggantikan kamu dengan  kaum yang  lain dalam sambungan ayat ini...dan kaum yang enggan berperang di jalan Allah, Allah  akan mengazabnya dengan azab yang tidak terperi rasa sakitnya...
 
sahabat2 ku yang di rahmati Allah sekalian ....adakah kita ingin tempat kita di gantikan oleh org lain? fikirlah sahabat2...
 
di masa prk yang bakal berlangsung beberapa hari lagi...marilah kita sama-sama bersama mereka-mereka yang memerlukan sokongan dan tenaga kita ...allah tidak tgk hasil kita tetapi allah melihat kepada hati kita
 
mgkin sahabat2 bertanya sampai bila harus berjuang ???
 
sampai islam berada di tempat yang tinggi sahabat2!!!
 
selagi islam tidak terletak ditempat yang tinggi selagi itu kita tidak akan mengalah ... walaupun kita sedikit jangan takut kerana Allah bersama kita Allah tulah yang besar...mereka2 yang ramai tapi tidak berjuang di jalan Allah ..Allah tidak bersama mereka sahabat2....
  
mengapa perlu berjuang dan berjuang sahabat2?
 kerana islam tidak ada di tempat yang tinggi...mereka menggunakan islam dengan nafsu mereka...mereka menggunakan islam hanya seketika...tidak!!! islam itu memimpin bukan kita yang memimpin islam...kita hamba ...sifat hamba taat pada penciptaNya...
 
bersatu berubah...


marilah bersama berjuang pabila di seru  sahabat2...!!!...insyaAllah kita akan menggerunkan pihak lawan dan menghapuskan kebatilan... 


student power  dibawah Allah's power

ARKIB : 22/12/2009

Masa singkat tanda kiamat




MEGA: Masa berlalu amat pantas. Rasanya baru sangat kita menyambut Maal Hijrah 1430. Kini kita sudah berada dalam tahun 1431H. Apakah tanda atau maksud masa yang terlalu pantas ini?

ZURIDAN: Tanpa kita disedari masa berlalu begitu pantas. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Kini kita berada di ambang tahun baru Hijrah 1431 dan tahun Masihi 2010.

Pada hakikatnya fenomena kepantasan waktu adalah suatu petanda bahawa dunia sudah semakin di penghujung usianya. Ini telah dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)

Dengan beralihnya kita ke dalam tahun baru, kerisauan sepatutnya dihadirkan dalam diri dengan seribu macam persoalan tentang masa depan kita.

Bukan sahaja masa depan hidup di dunia ini tetapi masa depan di akhirat kelak kerana ia adalah destinasi terakhir kita sebagai manusia. Pelbagai soalan perlu diajukan.

Apakah sudah cukup amalan kita? Apakah sudah tertebus dosa kita? Apakah layak kita menjadi penghuni syurga? Apakah mampu kita menahan malu di padang mahsyar apabila segala rahsia keburukan kita dipamerkan secara terperinci oleh Allah dan apakah sanggup kita menahan seksaan azab api neraka-Nya?

Allah berfirman di dalam surah al-Hasyr ayat 18-20 yang bermaksud: (Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang Telah dilakukannya (sebagai persiapan) untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri , mereka Itulah orang-orang yang fasiq. Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga; penghuni-penghuni syurga itulah mereka yang benar-benar beruntung).

Apa pula maksud yang tersirat daripada sambutan Maal Hijrah setiap tahun?

ZURIDAN: Insaflah! Bahawa berlalunya masa bermakna semakin tualah usia kita. Lihatlah tubuh kita yang suatu masa dahulu begitu cergas tetapi kita pergerakan sudah menjadi lambat.

Rambut kita, dahulunya hitam kini sudah ada kilauan warna putih beruban. Kulit kita, dulunya tegang tetapi kini sudah menampakkan kedutannya.

Bermulanya tahun baru bermakna semakin tualah usia dunia dan semakin hampirlah saat ketibaan hari kiamat. Jika lahirnya Nabi Muhammad SAW adalah sebagai tanda bermulanya akhir zaman, kini baginda SAW telah semakin lama meninggalkan yang memberi makna usia dunia pastinya benar-benar sangat lanjut.

Ini lebih nyata dengan pelbagai siri perkara aneh yang berlaku dan berbagai bencana alam yang tidak terduga berlaku. Seluruh dunia dalam tahun 1430 Hijrah menyaksikan pelbagai kejadian bencana alam yang tidak terkawal.

Begitu juga dengan kejadian jenayah, pembunuhan dan peperangan yang seolah-olah tiada noktahnya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku al-Harj. Sahabat bertanya, Apakah al-Hajr itu hai Rasulullah? Nabi menjawab, peperangan demi peperangan demi peperangan". (riwayat Ibnu Majah)

Justeru, apa sewajarnya sikap kita dalam mempersiapkan diri bertemu Allah SWT?

ZURIDAN: Masa yang menjadi semakin singkat ini tidak sewajarnya dibiarkan begitu sahaja. Lihat peringatan Allah dalam surah al-Asr di atas.

Suasana umat Islam hari ini seolah-olah lebih cenderung memenuhi kehidupan mereka dengan keseronokan dan hiburan. Sebaliknya tidak berminat dengan aktiviti lebih bermanfaat seperti beribadat di masjid ataupun menuntut ilmu.

Ini dapat dilihat apabila masjid-masjid sentiasa suram dengan penghuninya sebaliknya tempat-tempat hiburan sentiasa penuh dengan pengunjungnya.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Dua nikmat yang selalu diabaikan oleh ramai manusia iaitu kesihatan dan masa lapang. (riwayat Imam Bukhari).

Masa dalam kehidupan seorang muslim sangat penting. Ia lebih penting daripada wang ringgit. Oleh itu setiap waktu dalam kehidupan muslim sentiasa dikaitkan dengan ganjaran jika dilaksanakan amalan tertentu.

Waktu fajar umpamanya dikaitkan dengan dua rakaat solat sunat yang lebih baik dari nilai dunia dan isinya. Waktu tengah malam pula ialah saat afdalnya munajat kepada Allah SWT.

Bagi seorang muslim masa di dunia adalah waktu untuk bersusah payah dahulu mengumpul bekalan sebelum mengecapi kegembiraan di akhirat kelak!

Masa sepatutnya digunakan sebaiknya kerana ia sesuatu yang tidak dapat dikembalikan semula. Hayatilah sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit dan masa senang sebelum susah". (riwayat Al-Hakim).

Malangnya kita jarang bertanya perkara seperti berapa kalikah aku meninggalkan solat pada tahun ini? Apakah puasaku cukup? Apakah aku pernah bangun malam menangisi dosaku di hadapan Allah?

Apakah aku membaca al-Quran dan berapa kali aku membacanya dalam seminggu? Apakah aku benar-benar rasa nikmat menjadi Muslim? Apakah aku sudah bertaubat dari dosa-dosa besar yang telah aku lakukan?

Seharusnya perkara begini turut menjadi keutamaan kita setiap kali menyambut tahun baru.

Begitu hebat kepentingan menjaga masa. Malangnya ramai yang menganggap tunggulah bila dah tua baru nak beribadat. Bagaimana membetulkan persepsi begini?

ZURIDAN: Masa muda, ia adalah saat tubuh badan masih kuat dan fikiran masih segar, maka gunakanlah ia untuk melaksanakan ibadah dan menuntut ilmu. Bukannya digunakan untuk berseronok atau hanya berhibur seperti mana yang banyak berlaku hari ini.

Apabila sudah tua pastinya pergerakan semakin perlahan dan kebolehan menuntut ilmu semakin lemah dan kekuatan untuk melaksanakan ibadah semakin sedikit.

Diriwayatkan bahawa malaikat maut datang bertemu Nabi Yaakub a.s. Maka Nabi Yaakub bertanya: "Wahai malaikat maut apakah kamu datang kepadaku kerana ingin mencabut nyawa atau menziarahiku? Jawabnya: Untuk menziarahmu sahaja. Berkata Nabi Yaakub: Aku ada satu permintaan darimu. Bertanya malaikat maut: Apakah permintaanmu? Jawab Nabi Yaakub: Jika kamu datang untuk mencabut nyawaku maka hantarkanlah dahulu utusan untuk memaklumkanku terlebih dahulu. Kata malaikat maut: Ya! Kemudian malaikat maut pun pergi. Setelah beberapa tahun malaikat maut datang kembali kepada Nabi Yaakub. Lalu Nabi Yaakub bertanya: Kamu datang untuk menziarah atau mencabut nyawaku? Kata malaikat maut: Aku datang untuk mencabut nyawamu. Lalu kata Nabi Yaakub: Bukankah aku telah katakan jika kamu ingin mencabut nyawaku hantarkan dahulu seorang utusan supaya dapat aku bersedia menambah ketaatan dan amal kebaikan. Jawab malaikat maut: Aku telah lakukannya. Kata Nabi Yaakub: Tiadapun utusan yang sampai kepadaku. Jawab malaikat maut: Sesungguhnya aku telah mengutuskan dua utusan iaitu uban di kepalamu dan belakangmu yang bongkok".

Masa juga mestilah dipelihara ketika kita melaksanakan kerja dan tugas harian. Sebagai muslim menghargai masa dan menepatinya adalah satu kewajipan manakala tidak menepatinya adalah satu dosa kerana ia adalah tanda sifat munafik.

Apa yang berlaku dewasa ini ialah meremehkan masa dan selalu lambat yang semakin menular di kalangan umat Islam. Pada masa ini orang Arab sering dikaitkan sikap lambat, suka bertangguh, tidak tepati janji dan begitu juga dengan masyarakat Melayu hingga munculnya ungkapan 'janji Melayu'.

Penyakit lambat ini memberi imej yang tidak baik kepada Islam itu sendiri kerana bangsa Arab dan bangsa Melayu adalah sinonim dengan Islam. Contohnya di tempat kerja, suasana lambat menghadiri mesyuarat, lambat memulakan sesuatu majlis dan lambat menyiapkan tugasan adalah menjadi lumrah.

Budaya lambat ini adalah gambaran kemalasan dan kelembapan dan biasanya budaya inilah yang membantutkan kemajuan. Lihat sahaja apa yang berlaku di pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta. Amat susah melihat sesuatu mesyuarat dimulakan tepat pada waktunya.

Malah ada sesetengah tempat, masa yang tercatat sengaja diawalkan kerana sudah sedia maklum pasti akan berlaku kelewatan dalam memulakan sesuatu majlis.


*di petik dari utusan Malaysia 22.12.2009*


Percaya ? jika jasad nabi Muhammad SAW pernah terusik dan nyaris di curi oleh orang kafir laknatullah. Sebelum akhirnya Allah menyelamatkannya dari rencana jahat yang mengancam sang nabi tercinta. Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawaroh.

Sebagaimana telah kita ketahui bahwa hampir dapat dipastikan bahwa sebagian besar orang yang berziarah ke masjid Nabawi pasti tak pernah lupa untuk menghampiri makam Rasulullah yang diapit oleh makam Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar. Mereka berbondong-bondong menuju makam sang nabi Fenomenal itu. Untuk sekedar melihat atau berdoa.

Peristiwa ini dilatarbelakangi oleh kondisi umat islam pada masa dinasti Abbasiyah di Baghdad dimana kondisi umat Islam yang semakin melemah dan berdiri beberapa kerajaan Islam di beberapa daerah. Tentunya hal ini tak di sia-siakan begitu saja oleh orang-orang nasrani yang merasa kesempatan emas mencoreng wajah umat Islam dan membuat umat Islam jatuh ada di depan mata. Karena ternyata diketahui diam-diam mereka telah menyusun rencana untuk mencuri jasad Nabi Muhammad. Setelah terjadi kesepakatan oleh para penguasa Eropa, mereka pun mengutus dua orang nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Misi itu mereka laksanakan bertepatan dengan musim haji. Dimana pada musim itu banyak jamaah haji yang datang dari berbagai penjuru dunia untuk melaksanakan ibadah haji. Kedua orang nasrani ini menyamar sebagai jamaah haji dari Andalusia yang memakai pakaian khas Maroko. Kedua spionase itu ditugaskan melakukan pengintaian awal kemungkinan untuk mencari kesempatan mencuri jasad Nabi SAW.

Setelah melakukan kajian lapangan, keduanya memberanikan diri untuk menyewa sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah. Mereka membuat lubang dari dalam kamarnya menuju makam Rasulullah.

Belum sampai pada akhir penggalian, rencara tersebut telah digagalkan oleh Allah melalui seorang hamba yang akhirnya mengetahui rencana busuk itu

Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki, adalah seorang hamba sekaligus penguasa Islam kala itu yang mendapatkan petunjuk melalui mimpi akan ancaman terhadap makam Rasulullah.

Sultan mengaku bermimpi bertemu dengan Rasulullah sambil menunjuk dua orang lelaki berambut pirang dan berujar: “ Wahai Mahmud, selamatkan jasadku dari maksud jahat kedua orang ini.” Sultan terbangun dalam keadaan gelisah lalu beliau melaksanakan sholat malam dan kembali tidur. Namun, Sultan Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah hingga tiga kali dalam semalam.

Malam itu juga Sultan segera mempersiapkan diri untuk melakukan perjalanan dari damaskus ke madinah yang memakan waktu 16 hari, dengan mengendarai kuda bersama 20 pengawal serta banyak sekali harta yang diangkut oleh puluhan kuda. Sesampainya di Madinah, sultan langsung menuju Masjid Nabawi untuk melakukan sholat di Raudhah dan berziarah ke makam Nabi SAW. Sultan bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup lama di depan makam Nabi SAW.

Lalu menteri Jamaluddin menanyakan sesuatu, “Apakah Baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu? “Iya”, jawab Sultan Mahmud.

Maka tidak lama kemudian Menteri Jamaludin mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan membagikan hadiah berupa bahan makanan sambil mencermati wajah orang yang ada dalam mimpinya. Namun sultan tidak mendapati orang yang ada di dalam mimpi itu diantara penduduk Madinah yang datang mengambil jatah makanan. Lalu menteri Jamaluddin menanyakan kepada penduduk yang masih ada di sekitar Masjid Nabawi. “Apakah diantara kalian masih ada yang belum mendapat hadiah dari Sultan?”

Tidak ada, seluruh penduduk Madinah telah mendapat hadiah dari Sultan, kecuali dua orang dari Maroko tersebut yang belum mengambil jatah sedikitpun. Keduanya orang saleh yang selalu berjamaah di Masjid Nabawi.” Ujar seorang penduduk.

Kemudian Sultan memerintahkan agar kedua orang itu dipanggil. Dan alangkah terkejutnya sultan, melihat bahwa kedua orang itu adalah yang ia lihat dalam mimpinya. Setelah ditanya, mereka mengaku sebagai jamaah dari Andalusia Spanyol. Meski sultan sudah mendesak bertanya tentang kegiatan mereka di Madinah. Mereka tetap tidak mau mengaku. Sehingga sultan meninggalkan kedua lelaki itu dalam keadaan penjagaan yang ketat.

Kemudian sultan bersama menteri dan pengawalnya pergi menuju ke penginapan kedua orang tersebut. Sesampainya di rumah itu yang di temuinya adalah tumpukan harta, sejumlah buku dalam rak dan dua buah mushaf al-Qur’an. Lalu sultan berkeliling ke kamar sebelah. Saat itu Allah memberikan ilham, sultan Mahmud tiba-tiba berinisiatif membuka tikar yang menghampar di lantai kamar tersebut. Masya Allah, Subhanallah, ditemukan sebuah papan yang di dalamnya menganga sebuah lorong panjang, dan setelah diikuti ternyata lorong itu menuju ke makam Nabi Muhammad.

Seketika itu juga, sultan segera menghampiri kedua lelaki berambut pirang tersebut dan memukulnya dengan keras. Setelah bukti ditemukan, mereka mengaku diutus oleh raja Nasrani di Eropa untuk mencuri jasad Nabi SAW. Pada pagi harinya, keduanya dijatuhi hukum penggal di dekat pintu timur makam Nabi SAW. Kemudian sultan Mahmud memerintahkan penggalian parit di sekitar makam Rasulullah dan mengisinya dengan timah. Setelah pembangunan selesai, sultan Mahmud dan rombong pun pulang ke negeri Syam untuk kembali memimpin kerajaannya.


sumber...http://indonesiabreakingnewsonline.blogspot.com/2008/07/pencurian-jasad-nabi-muhammad-saw.html

sambungan...

aku mula solat...hatiku berkata solatlah 5 waktu...aku pun menurutnya...solat 5 waktu...alhamdulillah aku pun pernah solat 5 waktu...gembiranya aku...tapi ada2 masa tu aku di bisikkan supaya meninggalkan solat sekali je...hati ku bekata kenapa ye? tapi iman yang sedikit mengatakan tak boleh!!! aku tak boleh tinggalkan solat...alhamdulillah aku aku menurut imanku...sesenguhnya beruntunglah orang yang menurut iman nya kerana ia datang dari Allah swt...secara semulajadi fitrahku mula berubah...aku menyukai lagu2 nasyid bukan lagi lagu2 yang melalaikan...hatiku suka mendengar ceramah2...cerita kegemaranku aku tukar ...daripada yang melalaikan kepada yang membetulkan...bola kepada forum perdana...WWE kepada haaqah...wayang kepada al-hidayah...hatiku menyokong orang islam...hatiku suka kepada ulama...aku suka melihat wanita2 yang bertudung labuh...aku suka melihat lelaki2 yang ke masjid...aku baru tau tutup aurat itu wajib...oh...rupanya stokin pun kene pakai ...ustazahku ajar ku...aku mengenali...RASULLULLAH...aku mengenali Allah melaluinya...aku baru tau orang islam itu hebat...jiwanya kuat kerana perikatannya kuat dengan Allah...masyaAllah Allah inginkan kebaikan kepada aku...menangis aku...sapalah aku untuk di pandang...tapi allah memandangku...aku mengikut arus hatiku yang mengajarku kebaikan...aku mula suka solat...aku minta kat Allah segalanya...aku mula fokus bila guru mengajarku...aku mula mendapat tangkap...ajaran guruku...aku mula mendapat keputusan baik dalam matapelajaran terutama addmath...aku diajarkan oleh Allah segalanya melalui rasa hati...aku mula mendahului org lain...aku mendapat 100 dalam addmath 3 kali dalam hidupku...aku sedar org islam dulu2 pandai...aku pun mahu seperti mereka ...hebat hubungan dgn Allah dan manusia...Ya Allah seronoknya hidup denganmu....Ya Allah tanpa mengenaliMu macammana YA Allah hambamu ini yang faqir ini mahu hidup....aku selalu memikirkan...kalau Allah tidak bagiku petunjuk...bagaimana?....Allah kaulah hidup matiku...saat aku hidup yaAllah aku hanya inginkanMu...siapalah aku tanpa Mu...YaAllah diri ini hina yA Allah...tolonglh hamba Ya Allah agar memimpin keluargia ku dan melsahirkan jiwah syahid...Ya Allah rahsia antara kita cukup manis...biarlah rahsia antara kita yang bersaksikanMu menjadi kekuatanku agar ku hidup dengan satu semangat iaitu Mu Ya Allah...



sejak keci lagi aku dah biasa dengan pergaduhan...antara beradik...antara ibu bapa...aku langsung tak kenal erti dunia ini untuk ape ..yang aku tau bercinta tu boleh....memakai baju ketat pun boleh...tak solat pun boleh mana ada orang tau...curi pun tak de orng tau...menipu boleh...kata2 kesat bolh...omanusia pernah menghalangku namun aku tak tau kenapa perlu di halang...hidup ku tanpa tujuan...hati sentiasa terguris dek perangai manusia...aku tak tau nak bagi tau siapa...manusia ...emm same je...ibu bapa aku...langsung tak amik peduli...tapi yang aku perasan aku mempunyai hati yang baik...jika orang memukul ku aku tidak balas...jika ada pergaduhan aku suka mengalah...hati aku tak sampai nak gaduh ngan orang...gaduh mulut adalah...aku cepat menghayati sesebuah cite...jika cerita itu sedih aku akan menangis...jika cerita itu marah aku akan merasakan marahnya ...aku juga boleh berlakon sepertinya...aku mash tidak mengerti ape ertinya hidup ini...dalam hidup ku ku pernah mendambakan kash seorang lelaki...aku cemburu tengok ramai kawan2 kawanku ada teman lelaki...masa tu bagiku siapa yang tidak mempunyai teman lelaki mmg tak normal...aku mencari2...di ruangan chatting kampung paling ku ingat...kerana kawanku mengajarku...aku mencari lelaki yang boleh menyayangi k...namun tak de seorang pun menyukai ku...oh baru ku tau rupanya lelaki mementingkan rupa...hinanya aku aku rasa...aku sentiasa mengutuk driku...masa aku sek ren aku ingat lagi orang sepertiku selalu di pandang rendah...tak de nilai...guruku juga selalu pilih kasih...aku sedar aku tiada pelajaran...rupa pun tak de...aku sedih yang amat sangat...siapalah tau kesedhanku...hanya Aku saja...di dalam keluarga pun kadang2 tidak dipandang oleh ayah ku kerana aku tak secantik kakakku...aku jarang di ajak berbual...hanya makan dan tidur...naik tingkatan satu aku teringin join group gangster...aku nak sertai diaorang tapi tak sertai kerana diaorang nak yang hebat...berduit ngan yang cantik2...ramai antara mereka yang sudah terlanjur...berbalik cerita di bilik darjah aku murid yang tidak pandai...selalu malas wat kerja...berlagak je lebih...tapi aku masih di kelas ok bagiku aitu kelas yang ke tiga...masuk tingkatan 3....
dsinilah segalanya bermula...YA ALLAH AKU DAPAT YA ALLAH...hinanya diri ini...
aku ditempatkan di kelas yang last2...yang mmg semua tidak pandai dan sosialnya tinggi...aku tak suka!!!bencinya aku masuk kelas cm ni...dahlah tak de kawan ...sorang pula tu...sewaktu esoknya ada kelas agama islam...aku terdetik membawa buku teksnya...yang aku selama ini malas bawanya..aku selalu ingat kawan aku akan membawanya dan aku hanya berkongsi dengannya...namun hari tu aku bawa juga...ustazah pun masuk...aku pun mengeluarkan buku ku tu...tiba2 ustazah bertanya "siapa yang bawa buku teks...?"aku angkat tangan ...tanpa aku sedari sebenarnya aku seorang je bawa....ustazah pun berkata "tengok ******* seorang je bawa buku " MASYAALLAH....ADA SESUATU YANG BERLAKU KETIKA PERKATAAN "tengok ******* seorang je bawa BUKU" DILAFAZKAN....ADA SATU CAHAYA YANG BERLALU DI MUKAKU...CAHAYA NYA AKU INGAT HINGGA KINI...CAHAYA WARNA KUNING...seolah2 cahaya itu mengajarkan aku kebenaran yang aku tak dapat kat mana2...tetiba aku sedar bahawa tak solat itu berdosa...menipu berdosa...tak tutup aurat itu dosa...."Allah sayangkan Aku"
masyaAllah...

panjang lagi kisahnya...namun masa tidak mencukupi ...akan di sambung bila ada masa lagi...

;;

SABDA NABI SAW "DUA HAL YANG PALING AKU CEMASKAN ATAS ENGKAU; PANJANG ANGAN-ANGAN DAN MENGIKUT HAWA NAFSU. SESUNGGUHNYA PANJANG ANGAN-ANGAN ITU DAPAT MELUPAKAN AKHIRAT , SEDANG MENGIKUTI HAWA NAFSU DAPAT MENJAUHKAN DIRI DARI KEBENARAN ,"AKU MENJAMIN TIGA ORANG DENGAN TIGA HAL ; ORANG YANG GILA DUNIA , ORANG YANG RAKUS MENGUMPULKANNYA DAN ORANG YANG KIKIR HARTA BENDA , DENGAN KEFAKIRAN YANG TIDAK AKAN KAYA SUDAHNYA,KESIBUKKAN YANG TIDAK ADA SUDAHNYA SERTA KESULUTAN YANG TIDAK PERNAH ADA JALAN KELUARNYA."