Ya Allah sudah lama tidak post di blog sendiri, kerana terlalu sibuk dengan assigment,kuliah, dan kerja. Hari ni ambil peluang juga tuk wasiatkan sesuatu disini. Hari-hari yang mendatang begitu mencabar sekali, sakit yang lama menyerang kembali, Ya Allah tak bermayanya aku, hanya Engkau saja yang tahu. Aku bukan sihat seperti orang lain, aku tidak sihat , namun sakit ini jugalah buat aku teringat pada Allah..Aku hanya berharap pada Allah..Sakit kepala yang berterusan menyeksa, tapi jika dilalui kerana Allah semua itu manis..Tapi sejak kebelakangan ini banyak darah mengalir melalui hidungku..apa maknanya semua ini..Adakah saat ajalku makin tiba...Aku sedia ke yaAllah..Aku takut...aku risau dan sedih..namun kehidupan harus diteruskan, diteruskan dan diteruskan..
Aku ada sebuah motosikal yang dibeli menggunakan duit sendiri ..tdak mahu susahkan ibubapaku..mereka sudah cukup susah..Sumber kewangan aku melalui kerja yang aku lakukan hampir setiap malam...buat apa meminta2 sedangkan aku mampu kerja...itu yang aku fikir...Ya Allah masih ada orang mengambl kesempatan dan mereka ingat aku kaya...tidak ..aku tidaklah sesenang kalian..banyak saat-saat sukar yang aku lalui..semua ni tidak faham bagi orang yang mewah sejak kecil..tidak pernah dipukul sejak kecil dan tdak selalu dimarahi sejak kecil...
Bagi aku semu itu biasa saja, di pukul, di dera fizikal...hidup tanpa makanan yang cukup...Aku belajar menjadi kuat dari sini... panjg lagi perjlananku....
Aku mohon Ku kuat hanya kerana Allah dan lemah kerana mengabaikan perintah Allah~
03 March 2011
07 February 2011
Jiwa Ku
Allah,terima kasih Ya Allah...Hanya Engkaulah yang di sembah tiada tuhan selain Allah...
Diri ini dapat mencoret sedikit di sini...demi darah yang mengalir dalam darahku, aku mencintai agamaku, aku menyintai islam, aku menyintai semua makhluk Allah, aku sentiasa harap semuanya masuk islam dan bahagia bersama islam ... kerana tanpa Allah hiduo kita tiada tujuan...
Hari ini ingin diri in menyimpulkan sesuatu perkara , iaitu tentang sahabat... kita manusia sentiasa ingikan perhatian dan seseorang tuk meneruskan kehidupan kita tapi kita selalunya lupa tentang Allah yang maha Esa..
Ketika kita punyai masalah kita akan mengadu pada kawan kita, tapi kadang-kadang kawan kita tak sudi mendengarnya...kan..YA Allah Allah tidak pernah bosan untuk mendengarnya...Sehingga Allah berkata mafhumnya apabila hambaku bertanya mana aku katakanlah aku dekat...tapi kita tetap pergi pada kawan kita atau manusia itu sendiri...
Mengapa ada "Double Standart " di situ..tidak mahukah kita bersama Allah...makan bersama Allah, mandi teringat Allah, tidur mimpkan Allah , dan masalah suka duka bersama Allah, ini dipanggil taqarrub pada Allah atau bermanja-manja bersama Allah....Masya Allah seronoknya..moga kita semua dapat amiiin ya Robb

05 February 2011
8 Perkara
Assalamualaikum
Diceritakan pada suatu hari seorang yang soleh bernama Syaqiq Al Balkhi bertanya kepada seorang muridnya, Hatim Al Asamm :
"Berapa lamakah kamu duduk belajar bersamaku?"
"33 tahun," jawab Hatim.
"Dan apakah yang kamu telah pelajari daripadaku selama masa itu?"
"Lapan perkara," kata Hatim.
Syaqiq berseru, "Kita adalah dari Allah dan kita akan kembali kepadaNya!"
"Kamu telah pergunakan seluruh kehidupan kamu denganku dan hanya belajar lapan perkara!!!!
Apakah perkara-perkara itu?
PERTAMA :Jawab Hatim :
"Pertama sekali, saya melihat kepada manusia dan saya dapati setiap mereka mencintai sesuatu dan meneruskan usaha untuk mendapatkan apa yang dicintai itu. Apabila dia sampai ke kubur, apa yang dicintai selama ini meninggalkannya.
Oleh itu saya membuat bekalan amal kebaikan sebagai perkara yang saya cintai kerana apabila saya memasuki kubur, amal-amal kebaikan ini akan masuk bersama saya."
Syaqiq berkata, "Kamu telah lakukan yang terbaik. Apakah perkara yang kedua?"
KEDUA :
"Perkara yang kedua ialah apabila saya memikirkan ayat-ayat Allah Yang Maha Agung.”
“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh, syurgalah tempat tinggalnya.” (QS An Naazi’aat : 40 – 41)
Mengetahui bahwa ayat-ayat Allah ini benar, saya berusaha bersungguh-sungguh terhadap diri saya untuk menahan keinginan-keinginan saya sekuat-kuatnya sehingga saya bergantung sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Agung.
KETIGA :
Perkara ketiga ialah apabila saya melihat kepada manusia dan saya mendapati setiap mereka mempunyai sesuatu yang berharga yang membuatkan mereka menghargai dan menjaganya dengan baik.
Kemudian saya meneliti ayat-ayat Allah Yang Maha Agung :
“Apa yang ada disisimu akan lenyap dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal.” (QS An Nahl : 96)
Oleh itu apabila sesuatu yang berharga datang kepadaku, saya akan serahkannya kepada Allah Yang Maha Agung supaya ianya akan disimpan oleh Allah untukku.
KEEMPAT :
Perkara keempat ialah apabila saya melihat kepada makhluk-makhluk Allah dan saya dapati kesemua mereka meletakkan nilaian yang tinggi terhadap :
1. Harta.
2. Harga diri.
3. Maruah.
4. Keturunan.
Maka saya memerhatikan perkara-perkara tersebut dan mendapati tiada apa-apa yang bererti padanya.

“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.” (QS Al Hujuraat : 13)
Oleh itu saya meletakkan ketakutan saya kepada Allah sepenuhnya supaya saya akan dipandang tinggi pada kacamata Allah swt.
KELIMA :
Perkara yang kelima ialah apabila saya melihat kepada manusia dan saya dapati sebahagian mereka menyerang peribadi sebahagian lain dan sebahagiannya pula mengutuk sebahagian yang lain dan saya sedar bahwa sebab utama yang berlaku demikian ialah kerana dengki.

“Kamilah yang menentukan penghidupan mereka dalam kehidupan dunia.” (QS Az Zukhruf : 32)
Oleh itu saya meninggalkan sifat dengki dan permusuhan terhadap makhluk-makhluk dengan kesedaran bahwa apa-apa yang telah ditetapkan untuk saya adalah mutlak dan akan sampai kepada saya.
KEENAM :
Perkara yang keenam ialah apabila saya melihat manusia berlawan dan bermusuh sesama mereka. Saya mencari-cari dan akhirnya mendapati bahwa musuh sebenar saya adalah syaithan dan benarlah Allah Yang Maha Agung berfirman :
“Sesungguhnya syaithan itu adalah musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh.” (QS Faathir : 6)
Oleh itu saya menjadikannya sebagai musuhku dan menyayangi yang selain darinya.
KETUJUH :
Perkara yang ketujuh ialah apabila saya melihat kepada manusia dan mendapati mereka mencari kekayaan secara berlebihan dan menghinakan diri mereka kerananya. Saya meneliti ayat-ayat Allah Yang Maha Agung :
“Dan tidak ada satu pun makhluk yang bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya.” (QS Hud : 6)
Saya sedar bahwa saya adalah salah seorang yang dikurniakan sesuatu oleh Allah justeru saya menyibukkan diri saya dengan Allah Yang Maha Agung dan meninggalkan segala sesuatu selain dariNya.
KELAPAN :
Perkara yang kelapan ialah apabila saya melihat kepada manusia dan mendapati mereka bergantung kepada berbagai perkara seperti :
1. Perniagaan mereka.
2. Jawatan mereka.
3. Kekayaan mereka.
Setiap makhluk bergantung kepada makhluk yang lain!!!!
Saya kemudian meneliti ayat-ayat Allah Yang Maha Agung :
“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS At Thalaq : 3)
Oleh kerana itu saya meletakkan keyakinan saya sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Agung.
Akhirnya Syaqiq berkata :
"Hatim, sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepada kamu keuntungan dan tidak ada kerugian bagi kamu sedikitpun. Dia memberi hikmah kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya."
Demikianlah secebis kisah orang-orang yang soleh dan bagaimana mereka melihat kehidupan dunia ini dan cara-cara untuk berinteraksi dengannya secara yang benar sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah berdasarkan ayat-ayat Allah di dalam Al Qur'an yang mulia.
Akhir sekali marilah kita sentiasa meneliti dan mengambil i'tibar yang sewajarnya terhadap ayat-ayat Allah yang sebanyak 6,666 ayat yang terdapat di dalam Al Qur'an dan cuba untuk memahami dan melaksanakan perintah-perintahNya sehingga Al Qur'an itu benar-benar menjadi rujukan dan panduan hidup kita kerana kita tidak akan sesat selama-lamanya selagi kita mengambil dari sumber airnya yang bersih dan jernih yang dapat menghilangkan kehausan keyakinan dan ketenteraman hati sehingga hidup kita benar-benar akan terasa nikmat dan mendapat keridhaan Allah swt.
Ya Allah, jadikanlah Al Qur'an ini sebagai pembimbing kami sehingga ianya dapat menuntun kehidupan kami ke jalan yang benar dan lurus dan kami mohon kepadaMu supaya kami dapat beristiqamah di atas jalan ini sehingga kami menemuiMu di akhirat nanti.
Ameen Ya Rabbal Alameen

04 January 2011
Bangkit semula demi perjuangan~

Suci Sekeping Hati
Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba ~
Sahabat-sahabat yang hampir terjatuh, saya tujukankhas lagu ni untuk anda,
teruskan perjuangan , walaupun kita tak kenal tapi darah perjuangan kita sama,
Moga terus melangkah.
Khas untuk kalian :
Ya Allah ikatlah hati-hati kami menujuMu,
Kami sangat mencintaiMu ya Rahman ya Rahim,
Kami banyak melakukan kesilapan,
Tapi kekalkanlah kami di jalan ini yaAllah,
Kau susahkanlah kami hanya kerana kesusahan islam,
Kau senangkanlah kami hanya kerana kesenangan islam,
Jangan biarkan kami sehari pun tanpa perjungan ini yaAllah,
Kami sangat lemah yaAllah,
bantulah kami,
tolonglah kami,
bersamalah kami,
ilhamkanlah kami,
gerakkanlah kami,
bangunkanlah kami,
makankanlah kami,
tidurkanlah kami,
belajarkanlah bersama kami,
Hidup dan mati kami biarlah hanya keranaMu yaAllah...
Kerna amat beruntunglah sesiapa di jalan Mu ini ya Allah,
23 November 2010
yA sUKINAH
Hari-hari yang dilalui Sukinah begitu sukar sekali, dirinya semakin jauh daripada Allah dek kerna pujian yang dikatakan kepadanya. Sukinah semakin lupa akan dirinya siapa, pujian menyebabkan dirinya terasa terpengaruh dikalangan kawan-kawannya, dia tidak sedar akan perangkap syaitan ini, tetapi terus ditipu arus dunia dengan menyangka ianya mendapat keredhaan Allah...
dulu...
Sukinah seorang yang sangat menjaga segalanya, apa yang dipelajarinya diamalkannya, dilakukannnya sepenuh hati, cerita di tv sangat dijaganya, perempuan dan lelaki yang berpagangan tidak akan dipandangnya, pandangan dengan lelaki sangat di jaga, bukan tiada perasaan pada lelaki tapi Dia ingin Allah yang memilihkan jodoh untuknya selain mencarinya, Dia ingin sekali menjadi orang yang taat pada perintah Allah, perlakuannya baik kerana ingin mencontohi Rasulullah, Orang memujinya baik, tapi di hatinya dia berkata aku baik untuk agamaKu ini tapi jika ada orang memburuk2kan agamaKu ni, Rasulullahku, Allahku, aku akan bertukar rupa, jangan disangka air yang tenang selamanya tenang. MasyaAllah hari-hari yang dilalui begitu bermakna kerana Allah. Tiada apa yang di takut melainkn Allahu...
kini
Sukinah semakin sedar, dirinya bermula dari bawah, jika dulu dia senang sekarang dia yang harus bermujahadah melawan nafsunya sendiri, dia sedar jalan juang ni penuh dugaan, jangan sesekali rasa senang, dia ingin memperbaiki dirinya untuk lebih kepada Allah, Sukinah ingin mencari mutiara yang pernah dihilangkannya dulu, hatinya hanya inginkanNya...
Di saat Sukinah di jalan yang lurus untuk mendapatkan Cinta sejatinya, datang cinta dunia, Sukinah amat berat untuk melawannya, hati Sukinah berperang melawanya, zina hati datang, Sukinah berusaha melawannya, dan terus lawan, Sukinah kini sudah mendapatkan jawapannya...Sukinah kene lawan juga ya Allah bantulah aku , aku memang dambakan kasih sayang seorang lelaki tetapi bukan cara yang begini, bukan cara teringat-ingatkannya, bukan cara ingin pergi ke suatu tempat kerna adanya tetapi cara yng suci, iaitu cinta kerna cintanya padaMu.
Semakin hari semakin sedar dan semuanya Sukinah serahkan pada Allah...Hanya Allah! Sukinah menjauhkan diri dari segala maksiat kerna Sukinah lebih mencintai Allah darinya, dan dunia ini...
SATU YANG SUKINAH SEDAR, DIRINYA KINI BERMULA DARI BAWAH DAN DIA KINI LEBIH TENANG, ALLAH HIDUP MATIKU
* cerita ini hanya luahan penulis buat ikhtibar
Publish Post
dulu...
Sukinah seorang yang sangat menjaga segalanya, apa yang dipelajarinya diamalkannya, dilakukannnya sepenuh hati, cerita di tv sangat dijaganya, perempuan dan lelaki yang berpagangan tidak akan dipandangnya, pandangan dengan lelaki sangat di jaga, bukan tiada perasaan pada lelaki tapi Dia ingin Allah yang memilihkan jodoh untuknya selain mencarinya, Dia ingin sekali menjadi orang yang taat pada perintah Allah, perlakuannya baik kerana ingin mencontohi Rasulullah, Orang memujinya baik, tapi di hatinya dia berkata aku baik untuk agamaKu ini tapi jika ada orang memburuk2kan agamaKu ni, Rasulullahku, Allahku, aku akan bertukar rupa, jangan disangka air yang tenang selamanya tenang. MasyaAllah hari-hari yang dilalui begitu bermakna kerana Allah. Tiada apa yang di takut melainkn Allahu...
kini
Sukinah semakin sedar, dirinya bermula dari bawah, jika dulu dia senang sekarang dia yang harus bermujahadah melawan nafsunya sendiri, dia sedar jalan juang ni penuh dugaan, jangan sesekali rasa senang, dia ingin memperbaiki dirinya untuk lebih kepada Allah, Sukinah ingin mencari mutiara yang pernah dihilangkannya dulu, hatinya hanya inginkanNya...Di saat Sukinah di jalan yang lurus untuk mendapatkan Cinta sejatinya, datang cinta dunia, Sukinah amat berat untuk melawannya, hati Sukinah berperang melawanya, zina hati datang, Sukinah berusaha melawannya, dan terus lawan, Sukinah kini sudah mendapatkan jawapannya...Sukinah kene lawan juga ya Allah bantulah aku , aku memang dambakan kasih sayang seorang lelaki tetapi bukan cara yang begini, bukan cara teringat-ingatkannya, bukan cara ingin pergi ke suatu tempat kerna adanya tetapi cara yng suci, iaitu cinta kerna cintanya padaMu.
Semakin hari semakin sedar dan semuanya Sukinah serahkan pada Allah...Hanya Allah! Sukinah menjauhkan diri dari segala maksiat kerna Sukinah lebih mencintai Allah darinya, dan dunia ini...SATU YANG SUKINAH SEDAR, DIRINYA KINI BERMULA DARI BAWAH DAN DIA KINI LEBIH TENANG, ALLAH HIDUP MATIKU
* cerita ini hanya luahan penulis buat ikhtibar
31 October 2010
Persoalan
Dengan Nama Allah yang Maha pemberi Mudharat dan Maha Penyayang ku mulakan, kerna siapa yang melakukan kejahatan tunggulah bala Allah yang turun dan orang yang sentiasa disayangi Allah jika dia orang yang beriman.
Sebagai seorang manusia semestinya banyak persoalan yang wujud di minda kita, Kenapa kita wajib taat pada Allah, apa tujuan utama bertuhan, kenapa kita susah di dunia ini, kenapa hati tidak tenang? Apa ubat untuk semua ini? kalau sakit bolehlah pergi klinik tapi kalau rohani kita yang sakit nak pergi mana ye??? ustaz ngan ustazah yang kita cari. Tapi tu pun tak boleh menyelesaikan masalah...kerna apa???
Masyaallah jika kita tidak ada panduan semua ini akan menjadikan kita seperti "gantung tidak bertali"
. Antaranya yang ingin saya kongsikan:
MENGAPA ALLAH LAHIRKAN KITA SEBAGAI ORANG ISLAM DAN ORANG LAIN ADA YANG BERAGAMA LAIN?
~ Kelu lidah nak jawab bagi orang yang betul-betul tak paham, saya pun pada mulanya tak tahu nak jawab, justeru hanya doa di utuskan kepada Allah yang Maha Kuasa, akhirnya dapat juga menjawab persoalan ini, kaji balik sejarah nabi, pada zamannya adalah zaman jahiliyyah, pada mula mendapat wahyu hanya beliau seorang sahaja islam, tapi berapa generasi beliau islamkan??? dari sahabatnya, Saidina abu Bakar, isterinya Saidatina Khadijah Khuwalid dan lain-lain yang umum telah ketahui. Disini kita boleh lihat bagaimana islam itu sifatnya perlu di sebarkan kepada yang tidak tahu, begitu juga konsepnya orang bukan islam disekeliling kita, kitalah harus ada sifat ingin memperkenalkan islam kepada mereka. Sunnah nabi kita sentiasa sebarkan islam, Untungnya orang yang berjaya mengislamkan orang lain, sebak hati terfikir kemampuan kita yang sangat sedikit ini." MasyaAllah Moga Allah beri Hidayah pada semua orang di dunia ini" bisik hatiku, namun tidak semua dapat Hidayah Allah, maka jika kita yang rasa mendapatnya gengamlah ia dengan penuh kuat dan erat.
KENAPA DI DUNIA INI HATI KITA JARANG DAPAT TENANG DAN SELESA???
~ Teringat ayat Allah dalam Surah Al-'Ankabut maksudnya,
'Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupannya yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui'. ayat ini mengatakan hanya di akhirat nanti kehidupan sebenar, teringat kata-kata seorang ustaz bahawa sifat dunia memang begitu yang kita pun tak selesa, tak tenang dan banyak sifat buruknya, masyaAllah Ayat Allah ini begitu memberi ketenangan kepada siapa yang bacanya, malunya selama ini begitu tidak menghargai Allah. Sahabat-sahabat ku yang sudi baca apa yang di tulisku ini syukran sangat. Harap kita sentiasa dalam petunjuk Allah, sedih sangat jika ada permusuhan di antara kita, maaf sangat-sangat jika pernah buat silap dan pernah sakitkan hati, kehidupan dunia yang sementara rugi sangat jika kita tidak sama-sama berganding bahu menuju Allah. Mohon sngat sahabat-sahabat tulis apa-apa di ruangan ini untuk saya memperbaiki diri dan berusaha menuju ke jalan Allah. Minta maaf juga jika tidak layan dengan baik, tidak senyum ke jika jumpa , bukan apa saya sangat malu terutama yang berlainan jantina, maaf sangat-sangat moga Allahlah tujuan kita semua bukan manusia yang selalu buat kita sakit hati.
Di sebabkan masa tidak begitu cukup saya akan sambung lain hari InsyaAllah ...

03 October 2010
AMALKAN LIMA PEAWAR UNTUK HATI
Amalkanlah Lima Penawar Untuk Hati.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Hati merupakan raja dalam kerajaan diri. Ia mempunyai kelebihan daripada semua anggota lahir. Ia adalah raja yang luar biasa, yang sangat ditaati oleh rakyatnya. Dialah pentadbir manusia yang menjalankan kehidupan yang sangat luas.
Hati yang sejahtera dipanggil juga sebagai jiwa yang tenang. Mereka yang mempunyai maqam nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang) adalah mereka yang Tuhan ikhtiraf sebagai hamba-Nya dan layak memperolehi ganjaran Syurga-Nya di akhirat nanti.
Untuk memiliki hati yang sejahtera dan tenang maka ianya perlu kepada penawarnya. Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada lima :
Pertama : Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya.
Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah ramai di kalangan umat Islam yang membaca al-Qur'an tetapi melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.
Kekuatan besar dari sentuhan Al-Qur’an ini dirasakan benar oleh para sahabat Rasulullah kerana memang mereka menerima Al-Qur’an ini dengan segenap hati, pikiran dan kemauan mereka.
Seperti yang diriwayatkan oleh Ath-Thobroni dan Al-Baihaqi dari Abdullah bin Amr bin Ash bahwa ia berkata: “Ketika turun surah Az-Zalzalah, maka serentak Abu Bakar yang sedang duduk waktu itu menangis.
Maka Rasulullah s.a.w. pun menghampirinya dan bertanya, “Apa yang membuat engkau menangis wahai Abu Bakar?”.
Surah inilah yang membuat aku menangis”.
Maka Rasulullah menenangkan dengan sabdanya:“Jika kalian tidak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka Allah akan menciptakan kaum lain yang mereka itu melakukan salah dan dosa kemudian mereka bertaubat dan Allah mengampuni mereka.”
Maka sangat tepat ungkapan Dr. Yusuf Al-Qaradlawi yang menegaskan bahawa:“Al-Qur’an adalah “roh Rabbani” kekuatan Rabbani yang akan mampu menghidupkan dan menggerakkan akal fikiran dan hati. Sebagaimana Al-Qur’an juga undang-undang Allah yang mengatur kehidupan manusia sebagai individu dan bangsa secara kolektif.”
Kedua : Mengosongkan perut.
Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi s.a.w. sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Orang Islam itu tidak makan kecuali lapar, dan mereka berhenti makan sebelum kenyang. "
Kata Imam Shafie, perut kita terbahagi kepada tiga iaitu sepertiga makanan, sepertiga air dan sepertiga lagi udara."
Jika keseimbangan antara ketiga-tiganya tidak di capai, maka kita akan menjadi malas untuk beribadat ataupun untuk bekerja. Apabila perut kurang diisi dengan makanan, maka kita menjadi rajin dan ringan tulang untuk menambahkan ibadat kita. Tidak hairanlah jika kita dapat menggandakan amalan kita pada bulan puasa berbanding bulan-bulan yang lain.
Ketiga : Bangun bersolat malam.
Ramai orang boleh bangun malam tetapi bangun kerana untuk qadha' hajat atau kerana anak menangis, atau kerana ingin melihat perlawanan bola sepak, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau dua rakaat, memang sangat berat.
Solat Tahajjud ini hanyalah solat sunat tetapi ianya adalah solat sunat mu’akkad (yang di tuntut). Sekiranya junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. begitu bersungguh-sungguh memastikan ibadah ini dilaksanakan sehingga bengkak-bengkak kakinya kenapa kita masih berat hati untuk melakukannya. Apatah lagi solat tahajjud ini merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.
Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.” ( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)
Keempat : Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur.
Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab do'a ialah ketika waktu sahur.
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”.
(Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :"Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : 'Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Kuampunkan?"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelima : Duduk di majlis orang-orang soleh.
Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan hati dan jiwa.
Firman Allah s.w.t. maksudnya :“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”(Surah Az-Dzariyat ayat 55)
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : “Sesungguhnya para Malaikat mengepakkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukan.”(Hadis Riwayat Tirmidzi).
Hadis yang lain sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu niscaya Allah akan mudahkan baginya jalan menuju Syurga "(Hadis Sahih Riwayat Al Jami)
"Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga". (Hasid Riwayat Muslim).
“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga.”(Hadis Riwayat Bukhari)
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berada di jalan Allah sampai dia kembali" (Hadis Shahih Riwayat Tirmidzi)
“Siapa yang mati ketika menuntu ilmu, untuk menobat dan memperkasakan Islam maka jarak antaranya dengan para nabi di Syurga kelak adalah sekadar satu tingkat sahaja.”(Hadis Riwayat ad-Darini)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalkan lima penawar atau petua untuk memulihkan hati-hati kita supaya ianya sejahtera dan sihat daripada segala penyakit hati. Jika kita biarkan hati kita yang sedang sakit dan tidak di cari penawarnya dikhuatiri hati yang sakit ini akan terus menjadi parah dan payah untuk diubati. Syarat untuk memasuki Syurga Allah hati itu mestilah hati yang bersih, sihat dan sejahtera.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Wahai mereka yang berjiwa mutmainnah (tenang), kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan (kamu) redha dan diredhai (Tuhan), maka masuklah kamu ke dalam golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam Syurga-Ku."
(Surah Al-Fajr ayat 27-30).

Subscribe to:
Posts (Atom)