17 July 2011

10 kisah orang-orang yg gagal / pahit terlebih dahulu dan akhirnya berjaya dengan luarbiasa sebagai motivasi kepada kita semua.

10 kisah orang-orang yg gagal / pahit terlebih dahulu dan akhirnya berjaya dengan luarbiasa sebagai motivasi kepada kita semua.


1. Albert Einstein

Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka semasa kanak-kanak, beliau seorang anak yang lambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.






2. Abraham Lincoln

Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal. Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.
Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.
Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.







3.Bill Gates

William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy







4. Adam Khoo

Dia rakyat Singapura. Waktu kecil, dia adalah penggemar games yang ekstrem dan TV. Seharian dia boleh duduk di depan TV. Baik main PS atau permainan yang lainnya.

Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak b***h. Ketika darjah empat , dia dikeluarkan dari sekolah. Pernah dimasukkan ke Sekolah Rendah terburuk di Singapura. Ketika akan masuk Sekolah Menengah, dia ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, dia belajar di Sek Men terburuk di Singapura. Begitu buruknya prestasi akademiknya, tapi lama kelamaan dia semakin baik justeru kerana cemuhan kawan-kawannya, hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia perniagaan.

Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Ia telah memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset setahun bernilai US$ 20 juta.

Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga music box. Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada usia 22 tahun, Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di Singapura. Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager perusahaan-perusahaan di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per jam.







5. Aristotle Onassis:

Di sekolah, ia b***h dan suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya. Tidak aneh kalau ia diusir dari beberapa sekolah. Ia sering mendapat nombor tercorot di kelasnya. Salah seorang gurunya berkata:

'rakan-rakan sekelas memuji dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan keluarganya berputus asa. Semasa dia masih muda, dengan mudah orang dapat melihat bahwa dia akan menjadi seorang di antara mereka yang akan menghancurkan diri sama sekali atau sukses secara gilang-gemilang.'

Walaupun reportnya di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.







6. Thomas Alva Edison:

Suatu hari, seorang anak kecil berusia 5 tahun, agak pekak dan b***h di sekolah, pulang ke rumahnya membawa sehelai kertas dari gurunya. ibunya membaca kertas tersebut, Tommy, anak ibu, sangat b***h. kami minta ibu untuk mengeluarkannya dari sekolah. Ibunya tersentak membaca surat ini, namun ia segera membuat tekad yang teguh, "anak saya Tommy, bukan anak b***h. saya sendiri yang akan mendidik dan mengajar dia.”

Tommy kecil adalah Thomas Alva Edison yang kita kenal sekarang, salah satu saintis terbesar di dunia. dia hanya bersekolah sekitar 3 bulan, dan secara fizik agak lembab, namun itu semua ternyata bukan penghalang untuk terus maju.

Siapa yang menyangka, bahawa kanak-kanak yang sebelumnya tuli yang b***h hingga pernah diminta berhenti dari sekolah, akhirnya boleh menjadi seorang genius? jawabannya adalah ibunya! Ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya.







7. Chris Gardner

Sudah pernah menonton filem atau membaca buku Pursuit of Happyness ? Itulah kisah benar kehidupan Christoper Paul Gardner yang dilakonkan oleh Will Smith. Pahit manisnya kehidupan sudah dirasakan olehnya. Kehilangan tempat tinggal, ditinggal isteri, ditangkap polis, kesulitan membayar kredit, semuanya sudah dirasakan.

Dia bukanlah orang berpendidikan tinggi tapi tetap terus berusaha dan berjuang, Kini dia menjadi seorang jutawan yang berjaya, motivator, entrepeneur dan filantropis. Sekarang dia mempunyai Gardner Rich & Co, sebuah perniagaan saham.







8.Ludwig Van Beethoven

Jika anda mengenali seorang wanita yang sedang hamil, yang telah mempunyai 8 anak, tiga diantaranya pekak, dua buta, satu mengalami gangguan mental dan wanita itu sendiri mengidap siplis, apakah anda akan menyarankannya untuk menggugurkan kandungannya? Jika anda menjawab ya, maka anda baru saja membunuh salah seorang yang termasyur di dunia.

Kerana anak yang dikandung oleh ibu tersebut adalah Ludwig Van Beethoven. Ketika Beethoven berumur lebih dua puluhan, tanda-tanda pekaknya mulai kelihatan, tapi akhirnya dia menjadi ahli muzik yang terkenal dengan karya 9 simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan biola, serangkaian penggesek biola yang menakjubkan, muzik vokal, muzik teater, dan banyak lagi.







9. Louis Braille:

Louis Braille mengalami kerosakan pada salah satu matanya ketika berusia 3 tahun. Waktu itu secara tidak sengaja dia menikam matanya sendiri dengan alat pembuat lubang dari perkakas kerja ayahnya. Kemudian mata yang satunya terkena sympathetic ophthalmia, kesan yang terjadi kerana kerosakan mata yang lainnya. Buta tidak membuatnya putus asa, dia menciptakan huruf Braille yang membantu orang buta membaca. Sekarang siapa yang tidak tahu huruf Braille?







10. Mark Zuckerberg:

Pemuda ini dinobatkan sebagai jutawan termuda dalam sejarah yang bermula dari keringatnya sendiri. Mark adalah seorang anak muda yang suka berhibur dengan internet.

Bermula daripada sebuah laman penghubung mahasiswa Harvard, ternyata ramai yang menyukainya, dengan nekad ia mengikuti jejak seniornya, Bill Gates, pelajar buangan dari Harvard ini mengembangkan laman tersebut menjadi Facebook yang kita kenal sekarang. Tahukah Anda? Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebooknya dengan harga 10 juta US$? malah tawaran dari viacom 750 juta dolar dan yang paling mengkagumkan tawaran dari yahoo satu billion dolar.



Aku pun boleh berjaya insyaAllah

18 June 2011

Dosa itu...

Lama, sangat lama aku tidak membuat sebarang post baru..Mungkin sebab hati aku dah tak ada pada aku, entah mana dia berada di dunia ini,, mencintai dunia, ye..hati aku dah suka kat dunia..mungkin sekarang dia singgah kejap kat aku skrang..erm ntah..sejak itu aku sakinah dah tak seceria dulu. Aku yang ceria sbab hati aku ceria tapi dah dua tahun lamanya hati aku tidak gembira, semua gara-gara melanggar perintah Allah...dah lama  akutak  rasa gembira, dah lama aku tak rasa bahagia, sebab nya hati aku dah cinta dunia, ketenangan dah tak ada..Aku masih mencarinya...ketenangan masa aku rasa dalam solat pertama yang aku wat kerana kesedaran, bukan kerana paksaan, siapa boleh tolong aku? siapa? orang-orang sekeliling aku semuanya sementara dan mereka bukan Allah .. hanya dengan ingat Allah hati akan tenang dan kuat hadapi dunia..Ketakutan menghantui aku, dosa yang dilakukan menghantui, Allah tiada apa yang aku dapat bila melupakanMu, tapi segalanya dapat bila aku mengingatiMu, sahabat semua jagalah Allah... Aku ingin mencari cinta sejati, cinta manusia itu pun biarlah hadir di bawah cintaMU..bohong jika hambaMu ini tidak pernah ada perasaan pada sesiapa, tapi aku yakin cinta yang hadir itu membuatkan aku lebih mengejar cintaMu..Cinta itu biarlah Allah bagi pada masanya bukan sekarang kerana jika ia datang sekarang akan buat aku mengejar dunia.. Setiap apa kita buat Allah akan tengok dan tiada satu pun akan terlepas dari pandangan Allah..Ikatan hati pada Allah itu aku dambakan, sangat mendambakan, sangat-sangat kerana Allahhidupmati ku Allahhidupmatiku ku Allahhidupmatikuku...

24 May 2011

Kata lama..

Astagfirullah itu yang aku ucapkan...sebab dah lama tdak memberi 'sesuatu' tuk ummah...Aku dah lama tak update blog..dah lama tak beri kata-kata yang mana bila aku katakan akan dapat pahala...Dakwah bi media ini aku tinggalkan kerana anggap ianya remeh dan tak berasas..salah itu yang benar...kata lama hatiku aku harus buang..bangun demi perjuangan bukan demi cinta manusia...Ya Allah aku akan teruskan perjuangan ni walau tak ada siapa yang kisah tentangku mahupun ikut bersamaku..Aku harus kuat walaupun hakikatnya aku hanya wanita..kuat kuat dan kuat ..kekuatan rohani ku harus dikuatkan lagi..Ya Allah aku ingin MencintaiMu setulusnya..aku wajib ambil semua yang Kau suruh bukan setengah-setengah.. Sahabat maafkanlah jika aku ada buat silap..tolonglah bimbingku bersamamu di jalan Allah ini

24 March 2011

Peringatan

Jam meunjukkan pukul 3.15 pagi, aku tersedar dar tidur yang panjang yang dimulakan dari pukul 7 tadi, tertidur bukan sengaja ingin tidur masa itu.tapi aku gembira Allah memberi aku saat 1/3 malam ni untuk bangun. Aku ingin merasa berada dalam tarbiyyah itu kembali, aku sedih sangat sebab dah tiada tarbiyyah yang kuat, akhlak aku tidak terjaga lak\gi, banyak sangat dosa yang aku  buat , sampai banyak ilmu yang hilang, aku sangat merasa ilmu yang hilang itu, dulu ilmu itu penyeri jiwaku, sekarang sudah diganti dengan maksiat, namun satu pedirian ku, lebih baik aku begini daripada aku berjaya dengan maksiat, Allah saja faham perasaan ku..dari dulu aku mempuyai semangat yang tinggi, semangat cintakan negara, cintaka tempat aku tinggal, cintakan bidang aku semua nya keran Allah, seorag islam ,akan ada perasaan in, namun apa yang aku dapat dibuang kolej, itu palig aku sedih..tapi tak megapalah Allah ada cukuplah, aku hidup di mana-mana.  Akhir-akhir ini banyak gempa bumi berlaku, Ya Allah memang aku betul-betul risau, risau terhadap keluargaku, kawan-kawanku, sedara maraku, seluruh umat islam dan bukan islam, dan diri aku sendiri, mampukah kita semua menjadi hamba Allah yang beriman..Gempa bumi itu bukan perkara main-main..tsunami juga berlaku, jiwa-jiwa islam dimanakah mereka....apa yang berlaku tidak diambil kira sangat oleh orang malaysia, Ya Allah...ampukanlah dosa kami...

15 March 2011

amidd.. :(

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan..... .

"Muntahlah atas tangan Amid."

17 tahun dulu.

PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"

soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu.

Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,"

jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni?
Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,"

hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?"

pujuk saya lagi.

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,"

katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?"

soal saya masih tidak percaya.

"Betul,"

balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah,"

kata saya selepas lama termenung.

Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.
Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.
Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.

Katanya,

biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?
Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"

"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.
Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL.
Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,"

kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.
Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.
Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.
Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.

"Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"

Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.
Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,

ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.

Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.
Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.

Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.
Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah
untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya,

buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.
Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.
Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.
Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini.

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.

prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.
Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,

"Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.
Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.
Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"

jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.

Cerita Mek kepada saya.
ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.
Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.

Cerita Mek,

mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.

cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.
Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.
Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.
Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.

tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.
Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.
Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.

Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.
Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.
Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.

Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,
tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".
- Surah Luqman ayat 14.

Amid..... :(

Assalamualaikum

ukhuwah tupai