Bismillah,
Hari ini, aku terpanggil untuk menulis dalam blog ni.
Setiap hari kita ada masalah, tak kiralah masalah apa pun, masalah tu kadang-kadang rasa perit sangat.
Semua orang akan rasa ni, kadang - kadang rasa dtindas orang, rasa ditipu, malah kadang-kadang rasa riya', rasa besar diri, rasa dah serba cukup pun hati takkan tenang, Hati memang takkan tenang!!! Kadang-kadang rasa nak memberontak, rasa benci kat orang, rasa nak lempang orang, rasa marah kat orang dan sebagainya. Tertanya sendrian kenapa kita semua rasa macam ni, perasaan-perasaan ni sebenarnya perasaan tak sedap dalam diri seseorang, orang yang ada perasaan macam ni sendiri tak selesa. Bila tanya persoalan ni terhadap seorang pakar, dia hanya kata satu perkataan yang simple je, perkataan yang tenang hati dengar. Dia kata memang itulah 'dunia' . Dunia ni kita tak selesa sebenarnya duduk atas dia, sifat dia yang Allah sendiri tak suka, tempat orang lalai, tempat maksiat, dunia memang sifat nya macam tu... oooh baru aku faham kebenaran ni, persoalan yang tertanya terjawab dengan ayat kebenaran sahaja. Patutlah semua yang ada kat dunia ni bermasalah...Sebab tu setiap masalah ada ubatnya...Allah dah bagitau semua dah ..tinggal diri inilah nak ikut ke tak...Rugilah kalau tak ikut... biarlah orang nak kata kita ni jujur sgt ke, baik sgt ke ape ke...skema ke...yang penting kita buat apa yang Allah suruh...fikirlah wahai sakinah...Ramadhan akhir2 ni apa dah buat???
29 August 2010
21 August 2010
Sejauhmana kita pentingkan orang lain???
Bismllah...
Sedikit ayat yang ingin ku tulis hari ini,
Allah swt yang maha pengasih lagi maha penyayang tidak pernah lokek menolong hambaNya, ini kan pula kita hanya manusia biasa yang lokek nak menolong saudara sedunia kita ni.
Pada suatu hari aku terlihat seorang lelaki menolak motornya, mungkin rosak atau kehabisan minyak.
kesiannya melihat dia susah, ingin sekali aku ni pergi tolong, namun kondisi aku tidak mengizinkan, mengapa tidak ada seorang pun yang sanggup berhenti tanya kepadanya atau membantunya??? Jika akuboleh , sudah lama aku tolong tapi aku tak mampu yaAllah ku harap kulah yang akan menolong orang seperti itu lain kali. Dia juga mungkin seperti saudara2 ku, adik ku atau seperti ayahku...fikirlah wahai diri.
Sedikit ayat yang ingin ku tulis hari ini,
Allah swt yang maha pengasih lagi maha penyayang tidak pernah lokek menolong hambaNya, ini kan pula kita hanya manusia biasa yang lokek nak menolong saudara sedunia kita ni.
Pada suatu hari aku terlihat seorang lelaki menolak motornya, mungkin rosak atau kehabisan minyak.
kesiannya melihat dia susah, ingin sekali aku ni pergi tolong, namun kondisi aku tidak mengizinkan, mengapa tidak ada seorang pun yang sanggup berhenti tanya kepadanya atau membantunya??? Jika akuboleh , sudah lama aku tolong tapi aku tak mampu yaAllah ku harap kulah yang akan menolong orang seperti itu lain kali. Dia juga mungkin seperti saudara2 ku, adik ku atau seperti ayahku...fikirlah wahai diri.
15 August 2010
kesedaran~
Bismillah...
Hamba Allah, siapa yang mengaku hamba Allah ??? Semua akan jawab aku, aku...tapi berapa orang yang betul-betul rasa diri ini hamba Allah? cakap memang senang, tapi rasa, alami, keinginan??? berapa banyak je...Dah banyak kali persoalan ini muncul. Sebagai contoh baru-baru ini dapat rezeki membeli motosikal, dalam proses membeli itu aku di kejutkan dengan satu situasi yang mana helmet harga lain penutup muka depan harga lain. Persoalan yang muncul di otakku kenapa ??? kenapa tidak di jual sekali, kalau saudara-saudari fikir balik, apa tujuan mereka menjual motosikal itu sebenarnya? kenapa perlu di asingkan penutup helmet dengan helmet, mereka tidak mementingkan keselamatan pengguna , tetapi yang penting amount duit yang masuk. mereka tidak menjual untuk manfaat orang tetapi manfaat sendiri,...hem3...apa nak di kata.
Saya selitkan apa yang saya dapat ini dengan bakal tugas sebagai guru, baru-baru ini ada tertengok video di mana pergaduhan guru dengan murid, guru marah kan murid dengan keadaan cekak pinggangnya, ada satu perbualan yang menarik perhatian, di mana murid itu tanya "apa cikgu ingat saya tiada perasaan???" itulah keyword murid ini, dia seorang yan boleh dilenturkan dengan kasih sayang, tapi guru itu menjawab ,"apa aku kisah dengan perasaan kau tu". sejauh mana kesedaran seorang guru ??? mana perginya perasaan menganggap murid sebagai anak sendiri, atau adik sendiri???
Lonjakan masalah sosial sekarang, tidak salah jika di katakan kebanyakkan guru tidak memainkan peranan langsung, namun ada segelintir guru yang mengambil pelbagai langkah, tahniah!!!
wallahualam
17 July 2010
JANGAN CONTOHI DIRIKU~
Segala pujian bagi Allah yang Maha Adil, Adil dari semua sudut, adil dalam memberi nikmatnya, adil dalam membalas perbuatan hambaNya , adil dalam menyayangi hambaNya. Sesungguhnya sebagai seorang manusia diri seperti ini wajib amat malu denganMu ya Allah. Akibat perbuatan dosaku, ku wajib malu kepada Allah, wajib!... Walaupun ramai hambaMu tidak bersyukur padaMu ya Allah , Engkau tetap memberinya peluang demi peluang, Peluang yang selalu di pergunakan manusia yang tak tahu bersyukur ini,,,
YA ALLAH... KU hanya Mampu memohon Keampunan darimu...
Demikianlah Allah...Allah sangat agung, sesiapa yang mengenali Allah tidak akan terlepas dari rasa kagum...
SUATU MASA DULU AKU BEGITU...
mengagungi Allah sangat-sangat, segala suruhan Allah aku menerimanya dengan bulat-bulat...wah...rasa kekuatan bila berdamping kepada Allah... betul lah jika kta jalan ke arah Allah, Allah berlari ke arah kita,,, seronoknya rupanya ada Allah dalam hidup ini , baru ku kenali tuhanku sendiri. Ruginya tak kenal selama ini...rugi sangat...Allah menggerakkan hatiku supaya menyukai benda-benda yang baik, mendengar benda-benda yang baik, menyokong ahli politik yang tepat, sentiasa Allah memberiku ilham, daripada budak yang di kenali bodoh kepada budak yang di kenali pandai, daripada orang selalu menghinaku, aku di puji , aku di beri layanan istimewa, aku mampu buat banyak perkara, bagilah apa pun pada ku insyaAllah aku kuatkan hati. hanya fikir Allah aku dapat buat dengan tepat,,,
TETAPI,
Sebagai manusia , aku juga di uji, dalam kesenangan hidayah Allah, aku terlalai, terbangga diri, terriya, ...aku tak sedar Allah mengujiku....sekali sehingga aku terbuat satu maksiat....bermulalah kisah hidupku yang malang...akibat maksiat ilmu tidak lagI boleh menusuk qalbuku, jiwa sentiasa rsah, hati tidak setenang dulu, tidak di kagumi seperti dulu, tidak di pedulikan lagi, kadang-kadang di pandang hina,,,,
INILAH PERUBAHAN YANG BERLAKU, TAPI APA YANG AKU NAMPAK... KENAPA ALLAH MASIH BAGIKU PELUANG UNTUKKU NAMPAK KEJAHATAN DIRI SENDIRI ? KENAPA ALLAH TIDAK TARIK NYAWAKU MASA MEMBUAT MAKSIAT...KENAPA????
TIBA-TIBA HATIKU MENJAWAB....ALLAH SAYANG KAU....MASYAALLAH MASYAALLAH MASYAALLAH... aLLAH MEMBERIKU KEADAAN SEPERTI INI UNTUK AKU KEMBALI PADANYA...AKU KER GERANGAN ORANGNYA....SERONOKNYA YA ALLAH...SERONOK...AKU DAPAT DI KETIKA TIADA LAGI UJIAN DUNIA...ENGKAU DAN AKU BERSAMA SELAMANYA....
SELAMA IN PONTER KU MEMANG TINGGI WALAUPUN TIDAK BERAPA BACA BUKU, NAMUN SEKARANG JATUH TERUK!..TAPI TAK PELAH KERANA AKU TIDAK MAHU DALAM KEMAKSIATAN KEPADA ALLAH AKU MENDAPAT POINTER TNGGI...BIARLAH BEGINI DULU, ANDAIKATA TIDAK DAPAT KERJA KE APE KE AKU TAK KESAH SBAB JIKA DAPAT KERJA BAGUS DALAM MASA YANG SAMA TIDAK TAAT KEPADA ALLAH NAK BUAT APA...? AKU TETAP AKAN MENERUSKAN PERJUANGANKU MENCARI CINTA ALLAH YANG PERNAH AKU TINGGALKAN BUAT SEMENTARA, DAN INSYAALLAH JIKA AKU TELAH MENDAPATKANNYA AKU SANGGUP MERENTASI LAUTAN BERAPI PUN UNTUK MENYELAMATKANNYA...SIAPA YANG SANGGUP MENGHALANGKU...WALAUPUN AKU DI HALANG SATU DUNIA ATAU DUA DUNIA...AKU TAK KESAH....SANGGUP KU JADI APA SAJA DEMI MENJAGA ISLAMKU, TUHANKU ALLAH, DAN SAHABAT SEPERJUANGANKU...
NAMUN AKU AKUI...KETIKA ADA IMAN...JAGALAH IA DENGAN BAIK KERANA JIKA IA JATUH AKAN JATUH SEDASYAT-DASYATNYA...
JIKA SUDAH DAPAT CINTA ALLAH JAGALAH SEBAIKNYA..KERNA A MUNGKIN PELUANG TERAKHR.....JANGANLAH JADI SEPERTIKU YANG TIDAK NAMPAK CINTA ALLAH PADA MULANYA
aku inginkan Mu...
AKU BUKANLAH PENULIS YANG BAIK~
29 June 2010
perjuanganku
Perjuanganku medium bukti cintaku pada Allah, jiwa hanya membuat setiap perkara kerana Allah, Jiwa ingin bersama-sama jiwa-jiwa yang bersatu berjuang ke jalan Allah. Namun setiap manusia punyai kelemahan, aku juga begitu, walaupun aku sangat cintakan jalan ini , namun aku bukanlah orang yang mampu memberi idea atau ape2 untuk perjuangan, yang aku ada hanyalah tenaga sahaja. Aku bukanlah orang yang penting bagi orang-orang sekelilingku, aku hanyalah manusia yang tidak begitu di kenali, jika aku ada atau tiada, tiada sesiapa yang akan perasan. Aku juga bukanlah seorang yang lantang memberi suara pada masyarakat, aku memang tidak mampu memberi pandangan yang bernas seperti kebanyakan rakan-rakanku. Namun jiwa ku sarat dengan semangat perjuangan, aku terlalu ingin bekerja sepenuhnya untuk islam, memberi tenaga untuk memperjuangkannya, Walaupun aku bukanlah seperti kawan-kawanku yang lain yang mana jasa mereka besar, aku tetap ingin menumpang bersama mereka, menolong mereka dalam perjuangan. Aku tidak mahu di pandang masyarakat, aku hanya ingin di . pandang oleh kekasihku yang dah lama aku dambakan,. Perjuangan yang aku dambakan sangat besar, aku sanggup kehilangan apa-apa saja demiNya.
Selama ini aku sanggup turun di mana-mana yang di panggil untuk agama Allah ini, namun ku di temukan dengan orang yang hanya ingin mempergunakanku, orang yang mengganggap ku tiada perasaan dan sebagainya. Mereka mengatakan pada ku jangan terlalu jujur, mereka tidak begitu kisah mengenai pandanganku, siapalah aku di pandangan mereka. Namun yang aku mampu jawab, Ku membuat setiap perkara hanya untuk Allah bukan untuk mereka.
Moga-moga Allah memberi petujuk pada kami semua...
07 June 2010
layakkah aku di gelar PEJUANG????????
katanya kau seorang PEJUANG
tapi ikhtilat mu tidak dijaga
katanya kau seorang PEJUANG
tapi kau masih assobiyyah
katanya kau seorang PEJUANG
tapi ibadahmu dan amalanmu masih seperti dahulu
katanya kau seorang PEJUANG
kau masih layan tv, movie dan game
dgn alasan nak release tension
katanya kau seorang PEJUANG
cinta dunia masih menempati hatimu
berbanding cinta Allah dan rasulNYA
katanya kau seorang PEJUANG
kau sibuk update isu semasa
berbanding AL QURAN 1 juz sehari
katanya kau seorang PEJUANG
kau xpun berdakwah
katanya kau seorang PEJUANG
kau masih layan muzik-muzik yang lagha
katanya kau seorang PEJUANG
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad
katanya kau seorang PEJUANG
kau lebih bela jemaah berbanding islam
katanya kau seorang PEJUANG
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya
katanya kau seorang PEJUANG
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan
katanya kau seorang PEJUANG
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat
katanya kau seorang PEJUANG
kau sering tinggal QIAMULLAIL berbanding mengamalkannya
katanya kau seorang PEJUANG
berapa banyak ummat yang kau ziarah?
katanya kau seorang PEJUANG
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri
akibat lalai kerna tidak berdakwah
katanya kau seorang PEJUANG
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah
katanya kau seorang PEJUANG
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah
katanya kau seorang PEJUANG
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir
katanya kau seorang PEJUANG
hidupmu masih senang lenang dan mewah
katanya kau seorang PEJUANG
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk
katanya kau seorang PEJUANG
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat
katanya kau seorang PEJUANG
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu
katanya kau seorang PEJUANG
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat
katanya kau seorang PEJUANG
kau masih malas mencari ilmu agamamu
katanya kau seorang PEJUANG
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain
katanya kau seorang PEJUANG
kau masih berpakaian tidak senonoh
katanya kau seorang PEJUANG
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah
katanya kau seorang PEJUANG
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih
katanya kau seorang PEJUANG
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat
katanya kau seorang PEJUANG
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat
katanya kau seorang PEJUANG
kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan
katanya kau seorang PEJUANG
hafalanmu saja masih jauh lagi
katanya kau seorang PEJUANG
kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya
katanya kau seorang PEJUANG
kau masih mengumpat dan mengeji orang
katanya kau seorang PEJUANG
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia
katanya kau seorang PEJUANG
kau masih seperti dahulu
katanya kau seorang PEJUANG.... TAPI
PEJUANGKAH AKU???
19 April 2010
pesanan syeikh ahmad yassin pd remaja muslim
pesanan syeikh ahmad yassin pd remaja muslim
a) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjamaah,sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dgn akhlak yg mulia,mengamalkan al quran dan mencontohi Rasulullah saw
b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak utk solat tepat pd waktunya ..
c) Aku amat berharap kalian semua tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat serta cinta kepada manusia dan dunia.latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakn kehidupan yg sukar.
d) Wahai puteriku,aku mahu kalian berjanji kpd Allah akan mengenakn hijab secara betul dan jujur,serta mengambil peduli ttg agama dan Nabi kalian yg mulia.Haram bg kalian melakukn sst yg blh menarik perhatian pemuda spy mendekati kamu
a) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjamaah,sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dgn akhlak yg mulia,mengamalkan al quran dan mencontohi Rasulullah saw
b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak utk solat tepat pd waktunya ..
c) Aku amat berharap kalian semua tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat serta cinta kepada manusia dan dunia.latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakn kehidupan yg sukar.
d) Wahai puteriku,aku mahu kalian berjanji kpd Allah akan mengenakn hijab secara betul dan jujur,serta mengambil peduli ttg agama dan Nabi kalian yg mulia.Haram bg kalian melakukn sst yg blh menarik perhatian pemuda spy mendekati kamu
Subscribe to:
Posts (Atom)


