09 March 2010

Cintakan Allah wahai diri !!!

Bismillah,
Dengan lafaz agung ku mulakan…lafaz yang masyaAllah hati yang benar-benar ingat akan Allah sahaja akan ucapkannya …

Aku yang hina ini telah di lantik menjadi seorang penggerak…penggerak majlis ilmu yang di beri nama UMMAH TALK….

Di taklifkan sebagai ajk Protokol dan Jamuan…sebenarnya ni adalah tugas yang mulia bagi ku…aku di beri kerja oleh ALLAH …walaupun jika di kira-kira aku ni dosa banyak (astagfirullah)…

Ada yang di beri jawatan untuk penggerak agama tapi di tolak mentah-mentah….sahabatku bukan senang nak dapat kerja daripada Allah yang di mana gajinya akan dapat di akhirat nanti…

Sahabat-sahabat tak nak ke? Kalau prog spkg kolej kita mesti nakkan….ini satu muhasabah sahabat-sahabat….muhasabah diri…diri ini btul-btul mentabik orang- orang yang kerja nya untuk islam yang mana Khalik kita membeli jiwa mereka….

Diri ini betul-betul ingin jadi seperti mereka….wahai orang yang kerja untuk islam….aku ini (penulis ) ada bersamamu…panggillah di waktu mana insyaAllah aku datang kerana aku ingin jadi golongan yang menolong agama Allah…tak dapat masuk syurga duduk di tepi syurga pun jadilah…

Diri ini sudah banyak mengutamakan dunia…dah ke tepi!!! Aku ingin TuhanKu ALLAh…aku tdak ingin lagi penuhi engkau….

Aku Kembali kepada UMMAH TALK… seperti biasa habis UMMAH TALK ada post mortem….setelah selesai aku pun balik dengan sahabat2 yang hebat itu…kedilnya aku di sebelah mereka…aku pergi ke café untuk mengisi air…tetapi aku sedih melihat seorang felo ku ni…dia mmg selalu memandangku…melihat gerak geri ku….mengawasiku…sedihnya diri ku…jika dia ikut ku ke ummah talk mesti dia tahu aku ini dari majlis ilmu bukan dari sebarang tempat yang mencurigakan…kenapa mendukung agama Allah ini terlampau susah…bisik hatiku…tapi ada jawapan…kerana syurga itu amat mahal wahai diri…syurga itu bukan untuk sebarang orang…engkau dah memilih jalan ini jadi tempuhilah dia…sebenarnya bukan susah Cuma mencabar….Allah sayangkan engkau insyaAllah….Allah sayang …kalau Allah sayang buat ape nak takut sebab semua di dunia ni kan ALLAh punya….

Aku menyasarkan akan di buang kolej….aku sangat sedih jika di buang kerana aku sangat sayangkan kolej ini…kolej tun Hussein onn…aku betul- betul sayang…tapi kalau Allah yang ku lebih sayangi memutuskan begitu aku terima dengan hati yang tabah….aku terima Ya ALLAh….

Wahai diri….sudahlah membuat maksiat pada Allah…jomlah berubah…Allah menanti….ALLAh sentiasa menanti….jangan takut….ALLAh ada…ALlAh sayang…dahlah ALLAH maafkan insyaALLAH…
Diri berubahlah…demi ALLAH…diri berubahlah sebelum berubah di sana…

03 March 2010

jiwa wanita ini...

assalamualaikum...

tentang seorang wanita 

ingin menjadi solehah ...

ingin mengikut segala perintah Allah...

ingin sentiasa dalam naungan Allah...
ingin setiap saatnya di hiasi dengan zikr pada Nya...

ingin jiwanya menangis  keranaNya...
ingin ingatannya hanya untukNya...

percakapannya ingin sekali menjadi penarik  pada orang untuk di jalanNya...
masyaAllah jiwa wanita ini sangat-sangat ingin sekali tunduk padaNya...

Ya Allah jiwa ini ingin sekali bercakap dengan rasa di lihatNya sentiasa...
Jiwa ini ...Ya Allah  jiwa ini...jiwa ini  YaAllah...Ya Allah....Ya Allah....YA Allah....hanya tangisan yang mampu mengatakan setiap detik selepas ini...hanya tangisan yang dapat di gunakan hanya tangisan dapat meredakan hanya tangisan dapat menyucikan hanya tangisan dapat mengembalikan jiw ku untuk Mu....tetapi semuanya Hanya Allah yang aturkan...

03 February 2010

aku mahu menjadi isteri kedua dan ...

"Enti Sudi Jadi Isteri Kedua Ana??"


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. "Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah





Dengan suara tersekat-sekat. Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.





"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…, " Fatimah mula sebak.





"Tak. Maksud saya…"





"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.





"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suaraFatimah semakin tinggi, setinggi egonya. Fikri diam seribu bahasa.





Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.





"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.





Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya.





Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.





Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.





Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri. Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.





Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.





"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.





"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.





"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.





Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.





"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.





"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.





"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.





Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.





Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.





"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.





"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.





"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.





"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.





"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.





Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.





"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.





"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.





"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.





"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.





"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar. Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.





"Perjuangan, " jawab Fikri....









SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!





JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…





TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN

ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI

KEDUA!!!





KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!

PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH

UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…





JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI

MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG

PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!





JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL

DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH

BAKAL ISTERIMU!!!





BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG

DICINTAINYA….





KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…





DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…





BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…

11 January 2010

aku ingin bertaubat...

assalamualaikum...aku si pembuat dosa...si buat maksiat....si hina....banyak cakap tanpa langkah seterusnya...berlagak pandai...buat orang rasa aku hebat...akulah si sombong yang tersembunyi di bawah payung iman kononnya...padahal aku manusia hina yang tak nampak kecuali Allah yang nampak...kalu orang lain bersemangat aku ni pun bersemangat...tapi sembahyang aku tak jaga ...semangat aku tingii tapi baru aku perasan semangat tu mengikut hawa nafsu dan penuh dgn riya'....

itulah aku si pembuat dosa...tapi aku ngin bertaubat...aku ingin bertaubat....macammana caranya....kalau aku demam aku beli ubat panadol...tapi sekarang aku sakit dengan allah ...mana klinik yang aku kene pergi...ke klinik swasta ke kerajaan ke tak de ubat aku ni...mana aku nak pegi ni...tanpa bantuan orang yang 'tahu' macammana aku nak jalankan kehidupan aku??? macammana ni yaAllah mana aku nak pegi selain dariMu tapi ya Allah bagaimana caranya aku mahu kearahMu? ya allah bagaimana mana aku nak mnta penyelesaian...

aku sedar siapa aku....saat aku kesusahan tiada sape di sampingku tapi hanya ada engkau yaAllah...aku hanya menunggu sesuatu dariMu bkn org lain lgi...Engkau yang Maha mendengar dengarlah pintaku tunjukkanlah aku jalan bertaubat kerana sesungguhnya si pembuat dosa ini tak tahu yaAllah

09 January 2010

seruan jihad mahasiswa!!!

                     

سُوۡرَةُ التّوبَة

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَا لَكُمۡ إِذَا قِيلَ لَكُمُ ٱنفِرُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱثَّاقَلۡتُمۡ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ‌ۚ أَرَضِيتُم بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا مِنَ ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ فَمَا مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا فِى ٱلۡأَخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ (٣٨



mafhumnya : Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak  
At- Taubah  38

wahai sahabat-sahabat ku mengapakah pabila dikatakan kepada kalian supaya turun berjihad di BUMI UKM ni untuk berjihad kamu berasa berat??? mengapa sahabat-sahabat yang di kasihi oleh Allah?
 adakah kita telah di beli oleh dunia yang hina ini ?
adakah kita lebih rela dengan dunia berbanding akhirat...?
adakah dunia ini lebih mewah berbanding akhirat?

bacalah surah at-taubah ayat 38:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak...
 
Allah sudah menyatakan kehidupan dunia ini sdikit berbanding di akhirat....
 
tidak mengapa jika kamu lebih menginginkan dunia daripada akhirat....Allah akan menggantikan kamu dengan  kaum yang  lain dalam sambungan ayat ini...dan kaum yang enggan berperang di jalan Allah, Allah  akan mengazabnya dengan azab yang tidak terperi rasa sakitnya...
 
sahabat2 ku yang di rahmati Allah sekalian ....adakah kita ingin tempat kita di gantikan oleh org lain? fikirlah sahabat2...
 
di masa prk yang bakal berlangsung beberapa hari lagi...marilah kita sama-sama bersama mereka-mereka yang memerlukan sokongan dan tenaga kita ...allah tidak tgk hasil kita tetapi allah melihat kepada hati kita. 
 
mgkin sahabat2 bertanya sampai bila harus berjuang ???
 
sampai islam berada di tempat yang tinggi sahabat2!!!
 
selagi islam tidak terletak ditempat yang tinggi selagi itu kita tidak akan mengalah ... walaupun kita sedikit jangan takut kerana Allah bersama kita Allah tulah yang besar...mereka2 yang ramai tapi tidak berjuang di jalan Allah ..Allah tidak bersama mereka sahabat2....
  
mengapa perlu berjuang dan berjuang sahabat2?
 kerana islam tidak ada di tempat yang tinggi...mereka menggunakan islam dengan nafsu mereka...mereka menggunakan islam hanya seketika...tidak!!! islam itu memimpin bukan kita yang memimpin islam...kita hamba ...sifat hamba taat pada penciptaNya...
 
bersatu berubah...


marilah bersama berjuang pabila di seru  sahabat2...!!!...insyaAllah kita akan menggerunkan pihak lawan dan menghapuskan kebatilan... 


student power  dibawah Allah's power

23 December 2009

masa singkat tanda kiamat

ARKIB : 22/12/2009

Masa singkat tanda kiamat




MEGA: Masa berlalu amat pantas. Rasanya baru sangat kita menyambut Maal Hijrah 1430. Kini kita sudah berada dalam tahun 1431H. Apakah tanda atau maksud masa yang terlalu pantas ini?

ZURIDAN: Tanpa kita disedari masa berlalu begitu pantas. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Kini kita berada di ambang tahun baru Hijrah 1431 dan tahun Masihi 2010.

Pada hakikatnya fenomena kepantasan waktu adalah suatu petanda bahawa dunia sudah semakin di penghujung usianya. Ini telah dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)

Dengan beralihnya kita ke dalam tahun baru, kerisauan sepatutnya dihadirkan dalam diri dengan seribu macam persoalan tentang masa depan kita.

Bukan sahaja masa depan hidup di dunia ini tetapi masa depan di akhirat kelak kerana ia adalah destinasi terakhir kita sebagai manusia. Pelbagai soalan perlu diajukan.

Apakah sudah cukup amalan kita? Apakah sudah tertebus dosa kita? Apakah layak kita menjadi penghuni syurga? Apakah mampu kita menahan malu di padang mahsyar apabila segala rahsia keburukan kita dipamerkan secara terperinci oleh Allah dan apakah sanggup kita menahan seksaan azab api neraka-Nya?

Allah berfirman di dalam surah al-Hasyr ayat 18-20 yang bermaksud: (Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang Telah dilakukannya (sebagai persiapan) untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri , mereka Itulah orang-orang yang fasiq. Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga; penghuni-penghuni syurga itulah mereka yang benar-benar beruntung).

Apa pula maksud yang tersirat daripada sambutan Maal Hijrah setiap tahun?

ZURIDAN: Insaflah! Bahawa berlalunya masa bermakna semakin tualah usia kita. Lihatlah tubuh kita yang suatu masa dahulu begitu cergas tetapi kita pergerakan sudah menjadi lambat.

Rambut kita, dahulunya hitam kini sudah ada kilauan warna putih beruban. Kulit kita, dulunya tegang tetapi kini sudah menampakkan kedutannya.

Bermulanya tahun baru bermakna semakin tualah usia dunia dan semakin hampirlah saat ketibaan hari kiamat. Jika lahirnya Nabi Muhammad SAW adalah sebagai tanda bermulanya akhir zaman, kini baginda SAW telah semakin lama meninggalkan yang memberi makna usia dunia pastinya benar-benar sangat lanjut.

Ini lebih nyata dengan pelbagai siri perkara aneh yang berlaku dan berbagai bencana alam yang tidak terduga berlaku. Seluruh dunia dalam tahun 1430 Hijrah menyaksikan pelbagai kejadian bencana alam yang tidak terkawal.

Begitu juga dengan kejadian jenayah, pembunuhan dan peperangan yang seolah-olah tiada noktahnya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku al-Harj. Sahabat bertanya, Apakah al-Hajr itu hai Rasulullah? Nabi menjawab, peperangan demi peperangan demi peperangan". (riwayat Ibnu Majah)

Justeru, apa sewajarnya sikap kita dalam mempersiapkan diri bertemu Allah SWT?

ZURIDAN: Masa yang menjadi semakin singkat ini tidak sewajarnya dibiarkan begitu sahaja. Lihat peringatan Allah dalam surah al-Asr di atas.

Suasana umat Islam hari ini seolah-olah lebih cenderung memenuhi kehidupan mereka dengan keseronokan dan hiburan. Sebaliknya tidak berminat dengan aktiviti lebih bermanfaat seperti beribadat di masjid ataupun menuntut ilmu.

Ini dapat dilihat apabila masjid-masjid sentiasa suram dengan penghuninya sebaliknya tempat-tempat hiburan sentiasa penuh dengan pengunjungnya.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Dua nikmat yang selalu diabaikan oleh ramai manusia iaitu kesihatan dan masa lapang. (riwayat Imam Bukhari).

Masa dalam kehidupan seorang muslim sangat penting. Ia lebih penting daripada wang ringgit. Oleh itu setiap waktu dalam kehidupan muslim sentiasa dikaitkan dengan ganjaran jika dilaksanakan amalan tertentu.

Waktu fajar umpamanya dikaitkan dengan dua rakaat solat sunat yang lebih baik dari nilai dunia dan isinya. Waktu tengah malam pula ialah saat afdalnya munajat kepada Allah SWT.

Bagi seorang muslim masa di dunia adalah waktu untuk bersusah payah dahulu mengumpul bekalan sebelum mengecapi kegembiraan di akhirat kelak!

Masa sepatutnya digunakan sebaiknya kerana ia sesuatu yang tidak dapat dikembalikan semula. Hayatilah sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit dan masa senang sebelum susah". (riwayat Al-Hakim).

Malangnya kita jarang bertanya perkara seperti berapa kalikah aku meninggalkan solat pada tahun ini? Apakah puasaku cukup? Apakah aku pernah bangun malam menangisi dosaku di hadapan Allah?

Apakah aku membaca al-Quran dan berapa kali aku membacanya dalam seminggu? Apakah aku benar-benar rasa nikmat menjadi Muslim? Apakah aku sudah bertaubat dari dosa-dosa besar yang telah aku lakukan?

Seharusnya perkara begini turut menjadi keutamaan kita setiap kali menyambut tahun baru.

Begitu hebat kepentingan menjaga masa. Malangnya ramai yang menganggap tunggulah bila dah tua baru nak beribadat. Bagaimana membetulkan persepsi begini?

ZURIDAN: Masa muda, ia adalah saat tubuh badan masih kuat dan fikiran masih segar, maka gunakanlah ia untuk melaksanakan ibadah dan menuntut ilmu. Bukannya digunakan untuk berseronok atau hanya berhibur seperti mana yang banyak berlaku hari ini.

Apabila sudah tua pastinya pergerakan semakin perlahan dan kebolehan menuntut ilmu semakin lemah dan kekuatan untuk melaksanakan ibadah semakin sedikit.

Diriwayatkan bahawa malaikat maut datang bertemu Nabi Yaakub a.s. Maka Nabi Yaakub bertanya: "Wahai malaikat maut apakah kamu datang kepadaku kerana ingin mencabut nyawa atau menziarahiku? Jawabnya: Untuk menziarahmu sahaja. Berkata Nabi Yaakub: Aku ada satu permintaan darimu. Bertanya malaikat maut: Apakah permintaanmu? Jawab Nabi Yaakub: Jika kamu datang untuk mencabut nyawaku maka hantarkanlah dahulu utusan untuk memaklumkanku terlebih dahulu. Kata malaikat maut: Ya! Kemudian malaikat maut pun pergi. Setelah beberapa tahun malaikat maut datang kembali kepada Nabi Yaakub. Lalu Nabi Yaakub bertanya: Kamu datang untuk menziarah atau mencabut nyawaku? Kata malaikat maut: Aku datang untuk mencabut nyawamu. Lalu kata Nabi Yaakub: Bukankah aku telah katakan jika kamu ingin mencabut nyawaku hantarkan dahulu seorang utusan supaya dapat aku bersedia menambah ketaatan dan amal kebaikan. Jawab malaikat maut: Aku telah lakukannya. Kata Nabi Yaakub: Tiadapun utusan yang sampai kepadaku. Jawab malaikat maut: Sesungguhnya aku telah mengutuskan dua utusan iaitu uban di kepalamu dan belakangmu yang bongkok".

Masa juga mestilah dipelihara ketika kita melaksanakan kerja dan tugas harian. Sebagai muslim menghargai masa dan menepatinya adalah satu kewajipan manakala tidak menepatinya adalah satu dosa kerana ia adalah tanda sifat munafik.

Apa yang berlaku dewasa ini ialah meremehkan masa dan selalu lambat yang semakin menular di kalangan umat Islam. Pada masa ini orang Arab sering dikaitkan sikap lambat, suka bertangguh, tidak tepati janji dan begitu juga dengan masyarakat Melayu hingga munculnya ungkapan 'janji Melayu'.

Penyakit lambat ini memberi imej yang tidak baik kepada Islam itu sendiri kerana bangsa Arab dan bangsa Melayu adalah sinonim dengan Islam. Contohnya di tempat kerja, suasana lambat menghadiri mesyuarat, lambat memulakan sesuatu majlis dan lambat menyiapkan tugasan adalah menjadi lumrah.

Budaya lambat ini adalah gambaran kemalasan dan kelembapan dan biasanya budaya inilah yang membantutkan kemajuan. Lihat sahaja apa yang berlaku di pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta. Amat susah melihat sesuatu mesyuarat dimulakan tepat pada waktunya.

Malah ada sesetengah tempat, masa yang tercatat sengaja diawalkan kerana sudah sedia maklum pasti akan berlaku kelewatan dalam memulakan sesuatu majlis.


*di petik dari utusan Malaysia 22.12.2009*

ukhuwah tupai