17 April 2010

tidak adil kepada Allah....


Alhamdulillah dapat menulis lagi, dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah aku mulakan.
    Allah S.W.T telah berfirman dalam surah al-A'raf yag bermaksud:

Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya) (29)

tertarik dengan kalam Allah ni yang menyatakan berlaku adillah pada semua perkara dan hadapkanlah muka dan hati kamu kepada Allah..... Allah menyuruh kita adil dalam setiap perkara. Malu baca ayat ni kerana tidak adil pada Allah. Kebanyakkan manusia termasuk diri ini tidak adil kepada Allah. Apabila orang telefon kta boleh tnggalkan kerja dan pergi menjawab, nak hisap rokok boleh ke tepi sekejap, nak jumpa muslimin atau muslimat boleh luangkan masa sekejap TAPI...kita masa azan masih berbual, tak de pun nak cakap kejap eh pastu ke tepi ke padahal setiap kita tahu semasa azan dan menjawabnya adalah sunnah sebagaimana hadth “Apabila kamu mendengar azan, maka jawablah sebagaimana yang diperkatakan oleh muazzin” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]. terdapat juga yang mengatakan lidah akan kelu semasa sakaratul maut apabila kita bercakap ketika azan. sungguh malang nasb kita sekarang kta di tipu dari pelbagai sudut. rasa sedih akan menyelubungi sesiapa yang sayang agama Allah ini. Agama yang Nabi Muhammad s.a.w pertahankan sehingga titisan darahnya. Tapi kita mempermudahkan, mempermainkan, melupakan, sengaja lupakan... setiap kita sangat perlu koreksi diri sedalamnya, semaksima mungkin, pergi jumpa Murabbi ke, kwan2 yang yang boleh bagi nasihat ke atau pergi beruzlah ke gua2 bagi mengkoreksi dri...semua demi islam yang tercinta..moga-moga amalan yang sikit ini di pandang ...

03 April 2010

temenung

termenung  seketika sambil berfikir banyak benda di dunia ini perlukan pengorbanan. Aku in macammanalah nanti , hidup sangat berliku-liku dan banyak dugaan yang datang dan hanya Allah sahajalah tempat aku memohon semuanya. tiba-tiba terfikir zaman nabi dulu ada yang hantar kesemua anaknya pergi berperang dan syahid. Aku merasa sangat bersemangat bila teringat kisah itu. Ya Allah jika aku ni ada anak nanti akan ku wakafkan mereka insyaAllah ke jalanMu ya Allah. Mereka harus mempertahankan islam di segenap penjuru dunia, aku ingin sekali menceritakan kepada mereka bagaimana orang islam di perlakukan. Aku ingin sekali mereka di jalan perjuangan ini dan harapan terakhir  hanyalah syahid di jalan Allah. tidak lagi dunia di hati mereka. Mereka antara tokoh yang lahir yang mendukung islam dan mempertahankannya. mereka jugalah pengikut jejak sultan al-Fateh pembuka kota constintople dan seperti salahuddin al-Ayubi penakluk Jerusalem. Mereka adalah pejuang akhir zaman pembuka dunia dengan bauan agama Allah dan penakluk dunia dengan berpanjikan islam dengan kekuatan tahajud serta keyakinan yang tinggi kepada Allah. tahajudnya makanan rohaninya,,,zikir manisan-manisannya...tidur hanya mengekalkan tenaga dan menangis meningkatkan kekuatan.....masyaAllah besarnya harapanku ini...YA Allah tolonglah yaAllah hanya engkau maha Pemberi dan berkuasa..

29 March 2010

Pimpinan Baru 10/11

Assalamualaikum....

"Islam memimpin transformasi ummah".  hebatnya moto ni. Hanya islam boleh memimpin transformasi ummah, Moga sahabat-sahabatku ini terus dalam dalam perjuangan ini memimpin umat. sahabat-sahabat telah di takdirkan oleh Allah s.w.t untuk menjadi pimpinan. saya  ini akan membantu insyaAllah sedaya upaya bersama-sama pimpinan sekalian. Ingin mengucap tahniah dan ingatlah Allah tidak akan membebankan sesuatu yang tidak mampu hambaNya tanggung. Special kepada kak sakinah yang di sayangi...moga sentiasa kuat dalam perjuangan dan teringat kata-kata "yang agresif tak semestinya hebat yang lembut tak semestinya lemah"...minta maaf kalau ada ayat yg salah...sekian salam perjuangan




salam perjuangan

09 March 2010

Cintakan Allah wahai diri !!!

Bismillah,
Dengan lafaz agung ku mulakan…lafaz yang masyaAllah hati yang benar-benar ingat akan Allah sahaja akan ucapkannya …

Aku yang hina ini telah di lantik menjadi seorang penggerak…penggerak majlis ilmu yang di beri nama UMMAH TALK….

Di taklifkan sebagai ajk Protokol dan Jamuan…sebenarnya ni adalah tugas yang mulia bagi ku…aku di beri kerja oleh ALLAH …walaupun jika di kira-kira aku ni dosa banyak (astagfirullah)…

Ada yang di beri jawatan untuk penggerak agama tapi di tolak mentah-mentah….sahabatku bukan senang nak dapat kerja daripada Allah yang di mana gajinya akan dapat di akhirat nanti…

Sahabat-sahabat tak nak ke? Kalau prog spkg kolej kita mesti nakkan….ini satu muhasabah sahabat-sahabat….muhasabah diri…diri ini btul-btul mentabik orang- orang yang kerja nya untuk islam yang mana Khalik kita membeli jiwa mereka….

Diri ini betul-betul ingin jadi seperti mereka….wahai orang yang kerja untuk islam….aku ini (penulis ) ada bersamamu…panggillah di waktu mana insyaAllah aku datang kerana aku ingin jadi golongan yang menolong agama Allah…tak dapat masuk syurga duduk di tepi syurga pun jadilah…

Diri ini sudah banyak mengutamakan dunia…dah ke tepi!!! Aku ingin TuhanKu ALLAh…aku tdak ingin lagi penuhi engkau….

Aku Kembali kepada UMMAH TALK… seperti biasa habis UMMAH TALK ada post mortem….setelah selesai aku pun balik dengan sahabat2 yang hebat itu…kedilnya aku di sebelah mereka…aku pergi ke café untuk mengisi air…tetapi aku sedih melihat seorang felo ku ni…dia mmg selalu memandangku…melihat gerak geri ku….mengawasiku…sedihnya diri ku…jika dia ikut ku ke ummah talk mesti dia tahu aku ini dari majlis ilmu bukan dari sebarang tempat yang mencurigakan…kenapa mendukung agama Allah ini terlampau susah…bisik hatiku…tapi ada jawapan…kerana syurga itu amat mahal wahai diri…syurga itu bukan untuk sebarang orang…engkau dah memilih jalan ini jadi tempuhilah dia…sebenarnya bukan susah Cuma mencabar….Allah sayangkan engkau insyaAllah….Allah sayang …kalau Allah sayang buat ape nak takut sebab semua di dunia ni kan ALLAh punya….

Aku menyasarkan akan di buang kolej….aku sangat sedih jika di buang kerana aku sangat sayangkan kolej ini…kolej tun Hussein onn…aku betul- betul sayang…tapi kalau Allah yang ku lebih sayangi memutuskan begitu aku terima dengan hati yang tabah….aku terima Ya ALLAh….

Wahai diri….sudahlah membuat maksiat pada Allah…jomlah berubah…Allah menanti….ALLAh sentiasa menanti….jangan takut….ALLAh ada…ALlAh sayang…dahlah ALLAH maafkan insyaALLAH…
Diri berubahlah…demi ALLAH…diri berubahlah sebelum berubah di sana…

03 March 2010

jiwa wanita ini...

assalamualaikum...

tentang seorang wanita 

ingin menjadi solehah ...

ingin mengikut segala perintah Allah...

ingin sentiasa dalam naungan Allah...
ingin setiap saatnya di hiasi dengan zikr pada Nya...

ingin jiwanya menangis  keranaNya...
ingin ingatannya hanya untukNya...

percakapannya ingin sekali menjadi penarik  pada orang untuk di jalanNya...
masyaAllah jiwa wanita ini sangat-sangat ingin sekali tunduk padaNya...

Ya Allah jiwa ini ingin sekali bercakap dengan rasa di lihatNya sentiasa...
Jiwa ini ...Ya Allah  jiwa ini...jiwa ini  YaAllah...Ya Allah....Ya Allah....YA Allah....hanya tangisan yang mampu mengatakan setiap detik selepas ini...hanya tangisan yang dapat di gunakan hanya tangisan dapat meredakan hanya tangisan dapat menyucikan hanya tangisan dapat mengembalikan jiw ku untuk Mu....tetapi semuanya Hanya Allah yang aturkan...

03 February 2010

aku mahu menjadi isteri kedua dan ...

"Enti Sudi Jadi Isteri Kedua Ana??"


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. "Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah





Dengan suara tersekat-sekat. Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.





"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…, " Fatimah mula sebak.





"Tak. Maksud saya…"





"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.





"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suaraFatimah semakin tinggi, setinggi egonya. Fikri diam seribu bahasa.





Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.





"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.





Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya.





Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.





Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.





Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri. Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.





Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.





"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.





"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.





"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.





Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.





"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.





"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.





"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.





Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.





Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.





"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.





"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.





"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.





"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.





"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.





Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.





"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.





"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.





"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.





"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.





"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar. Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.





"Perjuangan, " jawab Fikri....









SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!





JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…





TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN

ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI

KEDUA!!!





KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!

PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH

UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…





JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI

MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG

PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!





JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL

DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH

BAKAL ISTERIMU!!!





BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG

DICINTAINYA….





KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…





DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…





BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…

ukhuwah tupai